Saturday, March 26, 2011

sahabat

Sahabat, Sunyi sepi tanpa kehadiranmu, Tanpa penyeri hidup, Hari-hari mendatang diharungi dengan suram dan kelam, Tanpa insan bergelar teman Sahabat, Satu frasa yang amat mudah diungkap tika detik perkenalan, Tetapi dimanakah kesetiaan dan kebenarannya, Meninggalkan ku keseorangan, Dikala aku mengharungi hidup yang penuh dengan kesunyian dan kesepian, Sahabat, Tika bila aku kehilanganmu, Sinar bulan dan mentari yang mengiringiku menghilangkan diri, Apa itu satu petanda yang aku tidak layak mendapat sahabat, Tika aku membutukannya Sahabat, Kau racun, Kau penawar, Kaulah segala-galanya dalam diriku, Dalam mengharungi lautan dunia penuh pancaroba.

KESILAPAN,KEINSAFAN DAN KEMAAFAN


Ketenangan jiwa,
Mengapa kini aku kehilangannya,
Dalam meniti hari-hari mendatang,
Mengapa ianya terjadi.
Adakah aku penyebabnya,
Adakah ianya berkaitan dengan masa lalu,
Minda, hati dan perasaan didera masa lalu,
Yang mustahil bagi kita untuk mengubahnya.
Wahai insan tersayang maafi kesilapanku,
Kerana aku memutuskan simpulan ikatan yang terjalin,
Yang selama ini kau sulam dengan benang cintamu,
Dengan mudah aku melerai ikatan cinta sucimu.
Jika kau lihat,
Kini aku dibayangi kesilapan lampauku,
Kesilapan demi kesilapan yang aku lakukan,
Menjauhimu dan mengenepikanmu.
Bagiku tidak semua yang aku inginkan akan ku peroleh,
Ada ketikanya aku perlu melepaskannya,
Demi kebahagiaan orang lain,
Walaupun ia amat manyakitkan bagi diriku.
Ampunilah  daku wahai dewi terunaku,
Aku tidak cukup ampuh mendepanimu,
Malu dengan lautan fikiranku yang cetek,
Aku malu untuk mengungkapkannya didepanmu.
Adakah kau akan menerimanya atau sebaliknya,
Aku sedar yang masa lalu tidak dapat dikembalikan,
Kata-kata yang tidak dapat aku selamatkan,
Kini ia membuatkan aku kahilangan punca dan arah tuju kehidupan.
Kuletakkan harapan yang menggunung untukmu,
Mengungkap kata kemaafan,
Tetapi mengapa aku tidak menyakininya
Bahawa kau telah dahulu memaafiku.