Friday, June 28, 2013

Majlis perkahwinan sahabat ;)

Assalamualaikum para sahabat,

Harini 28 hb 6 2013 n as for me ni adalah first trip ke kelantan. tujuan utamanya sudah tentu ke majlis kahwen,.hihi. first time pg sana dengan kengkawan sekerja. hopefully the journey gonna be just fine, Amin. mari kita menghayati keindahan alam ciptaan-Nya dengan cara bermusafir di bumi yg indah ini. 

Dijangka bertolak pada 2000 h nnt. dengan hanya Rm60 sahaja, semuanya selesai termasuklah duit pergi dan penginapan.. Alhamdulillah, syukur.

Sampai kat umah homestay dekat pukol 1400 h sebab pergi rantau panjang. rantau panjang ni adalah zon bebas cukai di kelantan. if nak beli barang di sini.. jangan lupe mintak resit, sebab area keluar nanti kita akan diperiksa oleh kastam. dan untuk barangan akan dikenakan cukai sebanyak 10 % dari harga pembelian tersebut.

Tapi masa kat umah homestay ada masalah sikit, iaitu masalah air,. wuhuuu.,, dah la ramai nak mandi.. Rupenye mesin paip air tak dibuka...hihi.., lepas siap bersiap-siap sume... ape lagi , kita ke misi seterusnya ;) mamam kat umah kahwen le ;) sy ni sejujurnya mmg sgt susah nk makan makansn umah org kawen, tp masakan org kelantan agak berlainan dan saya suka.. bukan nasi minyak tp mereka gunakan nasi putih dan lauk2 yang lain. Alhamdulillah... sedap, dalam hati nak tambah.. tp kang nek lak badan ni nanti, tp mmg terbaik la masakan tu n even sambal belacannya pun sedak2 belako ;)

Lepas makan kami terus blek umah homestay dan ada satu kejutan utk kami!!!? nak tau? . Ada org terlupa tutup paip dan kebetulan salur air tu tersumbat dan seterusnya umah banjir!!!! muahahaha... habis umah homestay tu dibersihkan oleh boboy n gugurl kem. bantal, karpet dll menjadi mangsa lemas dalam umah, termasuklah bantal dan tempat alas gosok baju. ::))


Tuesday, June 25, 2013

Fasa ii Aktiviti

Malam Akrab


Malam akrab ni adalah malam terakhir pelatih-pelatih untuk berada di kem PLKN Karisma sebelum mereka tamat menjalankan latihan disini. Pengisian malam ni sangat menarik, antaranya:

  1. Persembahan peltih mengikut kompeni (Alpha, Bravo, Charlie dan Delta)
  2. Persembahan Khas pelatih (Gyeomi)
  3. Cabutan bertuah
  4. Pakaian mengikut Tema
  5. Penyampaian hadiah
  6. Salam Akrab (Pernyataan penghargaan/mohon maaf dll)
  7. Penutup
Seperti yang lain-lainnya, saya dok dalam kompeni Alpha :).. jadi ... dah tentula alpha dok dalam hati.. hihi.. Dalam kem ni, semua pelatihnya unik2 belaka dan latar yang berbeza. secara ironinya, mereka hadir untuk mempelajari sesuatu yang jurulatih ajarkan bedasarkan modul, tetapi sebaliknya. Sebalaiknya kamilah yang banyak belajar daripada mereka dari pelbagai aspek dalam kehidupan.



With Jesmine Koo
Definitely gonna remember this Wirawati, One of the most exited gurl about every little thing involving PLKN and her first time doing everything that she like in this camp. Seorang yang dilihat punya motivasi yang tinggi dan sangat sweet. :) 

Me all alone :)
Ntah spec sape terjumpe kat atas meja dan secara tak langsungnya menjadi bahan-bahan saya amek gambar.

gigirl and wee xin

Haha.. we xin our Saloma that night masa kompeni Alpha naik pentas dan berlakon. Dia jadi saloma.. dan dilihat sangat bersemangat untuk hafal lagu malam pesta muda-mudi walaupun dia hanya "miming" sahaja dan tidak mahu melihat lakonan kaku. dia sangat bagus dan saya kagumi usahanya.

Hari Terbuka Kem Plkn Yang Ke-10


Untuk makluman, hari terbuka kem yang ke-10 ini berlangsung serentak seluruh kem di Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan bergantung kepada kem masing-masing. Seperti di Kem PLKN Karisma, terdapat banyak aktiviti menarik untuk dirasai oleh pengunjung seperti aktiviti menaiki bot di tasik buatan, menyertai aktiviti tali tinggi dengan bayaran yang cukup berbaloi.

Selain itu, terdapat pelbagai gerai  dan booth pameran dengan pelbagai tawaran menarik. Antara " booth booth' pameran dl yang dibuka adalah seperti:-

  1. JPAM
  2. KKM - Derma darah
  3. Polis - Rakan Cop
  4. Askar - Wataniah
  5. Celcom- Tawaran pakej

1st time pegang ular.. wuhuhu
Lepas bahagian persembahan selesai, saya jadi DJ jap kat dalam bilik P.A system.. hihi.. men2 tuju lagu n sedikit penyampaian maklumat kepada para pengunjung. Lepas tu pergi derma darah pulak. Then, barulah pergi jengok-jengok JPAM punye site. Wah... hari ni saya gagahkan diri pegang ular.. fuhh.. walaupun tidak berbisa tapi rasa takut dia mematuk tu sangatla tinggi. Tapi, sebab nak cabar perasaan takut tu, pegang tetap pegang. Mula-mula tu memangla takut sangat, lama-lama dapat biasakan diri. 

Pertandingan antara Kompeni

Pertandingan antara kompeni diantara wira dan wirawati terbahagi kepada dua iaitu :-

  1. Pertandingan kawad; dan
  2. Pertandingan kembara halangan


Ya, seperti mana biasa.. semua pertandingan kenelah ada persediaan kan. Jdi, pelatih dilatih oleh jurulatih fizikal masing-masing pada peringkat awal dan kemudiannya mereka menjalankan latihan kompeni sendiri bagi kawad kaki sebelum hari pertandingan menjelma.

Selain persediaan mental dan fizikal untuk mereka, pelatih juga perlu menghasilkan banner/bunting untuk pertandingan tersebut. Ni lah dia gambar-gambar persediaan awal yang dibuat oleh pelatih :-



Permohonan menjadi jurulatih

Baiklah.. ramai yang dah tanya saya bagaimana caranya nak mohon jadi jurulatih kem PLKN sebab mereka tak tahupun bagaimana nak mohon. Jadi, seperti yang saya janjikan.. saya akan beritahu prosedur atau cara bagaimana untuk memohonnye. Tetapi untuk mereka yang ingin memohon ini, anda perlu tahu yang jawatan jurulatih ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Jurulatih maltiskill s27 dan Jurulatih Fizikal S17. Cara-caranya adalah seperti:

  1. Masuk ke laman web JLKN di http://www.khidmatnegara.gov.my/.
  2. Kemudian, klik pada kerjaya.
  3. Isi borang
  4. Klik butang hantar
Dan... kita tunggu keputusannya.. tapi biasanya cepat dapat.. :)

Syarat-syarat lantikan pula adalah seperti yang berikut:
  1. warganegara Malaysia
  2. umur mestilah 18 tahun keatas/ cukup umur
  3. STPM/ diploma/
  4. Tinggi lelaki : 1.57, Perempuan: 153
  5. Berat badan lelaki: 48 kg, dan perempuan 46kg (sekurang-kurangnya)
  6. Ukuran dada perempuan: 79sm 84sm untuk lelaki (semasa tarik nafas)

Untuk maklumat lebih lanjut, anda bolehlah melayari laman utama portal JLKN. Selamat mencuba sabahat sekalian.

Kem Plkn Karisma Kumpulan 2 Siri 10 2013

Latihan Bola jaring

Diberikan kepercayaan oleh ketua Jurulatih Maltiskill untuk bersama-sama 3 orang jurulatih (JL) lagi untuk mengetuai pemilihan kumpulan bola jaring yang akan memasuki perlawanan sukan peringkat Zon D. JL terlibat adalah saya, Cikgu Jiha, Cikgu Shaa, dan Cikgu Siti. Pada fasa 1, pelatih dipilih dan kemudian sesi latihan bermula. Latihan dijalankan setiap hari pada sesi pagi dan petang bagi mereka yang terpilih.

Fasa Pemilihan Pemain Bola Jaring

Selepas sesi latihan.. Bermula la pula sesi perlawanan antara kem yang berlangsung di Kolej Teknik Juasseh. Kem Karisma berlawan dan akhirnya ke peringkat separuh akhir dan peringkat akhir melawan Kem Plkn Ayer Keroh, Melaka yang ditonton juga oleh kem komandan karisma dan ketua pengarah zon D dan juga selaku kem komandan Kem Plkn Ayer Keroh Melaka. Pertandingan ini akhirnya dijuari oleh Kem Plkn Karisma dan sebagai hadiah daripada Komandan yang telah dijanjikan... Kami dapat treat Pizza di Bahau. Alhamdulillah...
Cahaya Kemenangan :)




Karisma Vs Ayer Keroh
 Wirajaya

This is the first time join wirajaya as JL. Pagi-pagi lagi pelatih dan jurulatih dah bersiap-siap di padang kawad selepas makan pagi. Disini, pelatih diberi sedikit taklimat dalam menjalankan aktiviti wirajaya ini. Selepas taklimat dan lapor kekuatan pelatih kepada komandan. komandan memberikan kata-kata hikmat dan kemudiannya pelatih dilepaskan untuk aktiviti. Pelatih diiringi oleh oc kompeni masing-masing dibawa bersama-sama mengikuti trail jungle tracking ke kawasan tapak khemah dan sepanjang perjalanan, mereka dikehendaki untuk mencari kayu dengan ukuran yang telah ditentukan oleh Oc Kompeni.
sambil-sambil cari kayu.. sempat lagi :)
 Bila dah sampai kawasan tapak khemah, pelatih-pelatih dikehendaki untuk mengemas tapak khemah bagi menjamin semuanya berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan. Pelatih memasang khemah, pasang paremeter dan kawasan paremeter ini mestilah sama sekali dibersihkan untuk "stand down" pada waktu-waktu tertentu.



Ah Tong A1

Rasyiqah  n Siti Syafiqah
Peletih-pelatih ni baru selesai pasang khemah dan sedang berehat sementara menunggu pelatih-pelatih yang lainnya menyiapkan khemah masing-masing. Teringatlah pulak.. zaman-zaman jadi pelatih dulu, kene dirikan khemah sendiri semua.


Opps... Sempat jugak :)

Salbiah 2 Balak Alpha

Okey, inilah saje untuk entry saya kali ni.. hihi.. tunggu entry yang seterusnya ea. Seronok dok mengajar kat kem ni.. so kepada sesiapa yang nak join jadi JL plkn.. saya akan beritahu prosedur yang anda perlu buat di lain masa.. jadi nantikannya :)

Monday, June 24, 2013

Permulaan Cerita


Assalamualaikum w.b.t,

Dah dianggarkan 2 bulan juga yang saya tak online. Dapat tawaran bekerja dibawah Jabatan Pertahanan Awam di Kem Plkn Karisma, Kuala Pilah, Negeri Sembilan adalah satu proses peningkatan kerjaya dan untuk mengaut pengalaman beharga. Pengalaman? Ya, Bila kita bercerita tentang pengalaman.. Pengalaman ni ada yang positif dan ada juga yang negatif tetapi kedua-duanya membantu menjadikan kita untuk menjadi insan yang lebih baik dan ilmu itu juga yang kita akan kongsikan bersama yang lain dalam pembangunan organisasi yang lebih baik dan sempurna.

Banyak aktiviti yang saya sertai sepanjang penglibatan di sana.. Nantikan entry seterusnya untuk aktiviti-aktiviti yang saya sertai.. :)