Wednesday, July 29, 2015

Mini UTC Keramat Mall

Ok, today perancangannya teman mom 2 be p cek baby n untuk Cik Kie lak p wat IC baru. G sana td dalam jam 8 pagi dan tunggu jap pekerja2 bahagian kat sana untuk setting bahagian diaorang. Xlama pon, sekejapje.. then amek no... Cik Kie xsempat duduk lagi dah no. dah dipanggil. P lah Cik Kie ke kaunter 5 untuk proses yang ambil masa xsampai 7 minit. Lepas selesai kat situ terus ready untuk amek gambar pulak. Bahagian ambil gambar tu bacground dia warna putih.. so untuk kengkawan semua.. leh la pakai warna selain warna putih.. takut tereffect gambarnye nnt. Jadi, selepas  proses ambil gambar.. just tunggu dalam masa 1 jam sahaja untuk ambil IC. 

Pengambilan IC tu, Cik Kie kene p kat tempat ambil no balik untuk pengambilan IC. Pon xsempat duduk.. terusje ambik IC. Sangat-sangat mudah, so kpd kengkawan yang nak wat IC sendiri or anak, leh la datang kat cn sbb.. diaorang sangat friendly tau. Kos yang Cik Kie kene hanya RM 10 sahaja. 

Td adalah jugak orang daripada bhg nutrisi wat pemeriksaan secara percuma n Cik Kie tengok banyak dah meningkat ni.. selain berat badan n all.. hoho.. gaya pemakanan kene jaga dah sbb penyakit semua datang mai daripada perut.. so, kenelah jaga pemakanan kite kan.

Ohhh... dan lagi... Sebagai makluman tambahan untuk semua, ada beberapa jabatan yang beroperasi kat Mini UTC Keramat ni, dan antaranya ialah:


  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
  • MAIWP
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Jabatan Imigresen Malaysia
  • Kementerian Pembangunan, Wanita dan Masyarakat
  • Klinik 1 Malaysia
  • Perpustakaan Komuniti
  • Kedai Rakyat 1 Malaysia

Tapi kalau ada kengkawan yang nak berurusan di Pejabat Pos ataupon LHDN, kenelah p tempat lain sebab UTC sini xde perkhidmatan ni tau. If nak kuar RM pon xde sbb kat cn xde atm untuk kengkawan wat draw money kengkawan tu. So, kenelah kengkawan cari kat tempat lain eap. Ini semua sekadar perkongsian Cik Kie.

No comments:

Post a Comment