Sunday, January 20, 2013

Lantikan GSTT/KGSK tertakluk kepada syarat-syarat seperti:

Sumber diperolehi daripada surat tawaran asal dan saya mengharapkan kita sama-sama mendapat maklumat ini sebagai panduan bagi mereka yang mahu menjadi KGSK/GSTT sementara dapat kerja tetap. Butirannya adalah seperti berikut:


TARAF JAWATAN:
Taraf jawatan adalah sambilan dari sehari ke sehari dengan dibayar upah sebanyak kadar harian pada hari-hari bekerja sahaja.

ELAUN:
Kadar elaun ditawarkan sebanyak RM100 sehari, akan dibayar setiap hari yang bekerja dan tidak dibayar upah bagi cuti kelepasan am dan hari yang tidak hadir bertugas.

Kadar elaun adalah tertakluk kepada tahap pendidikan individu sama ada SPM, DIPLOMA, IJAZAH. Dalam kes ini Ijazah menerima pembayaran sebanyak RM 100 Sehari.

ELAUN LEBIH MASA:
Tuan adalah tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa.

RAHSIA RASMI:
Tuan hendaklah mematuhi dan menandatangani perakuan berkenaan Akta Rahsia Rasmi 1972.

TEMPOH PERKHIDMATAN:
Tempoh perkhidmatan adalah dari sehari ke sehari sehingga tuan diberhentikan apabila tidak diperlukan lagi dan kerajaan tidak terikat untuk melantik tuan ke jawatan sementara atau tetap.

PENAMATAN PERKHIDMATAN:
Perkhidmatan tuan dari jawatan boleh diberhentikan bila-bila masa dengan diberi notis satu hari secara bertulis manakala tuan juga boleh meletakkan jawatan dengan memberi notis tidak kurang tiga (3) hari secara bertulis.

WAKTU BEKERJA:
Mengikut waktu bekerja bukan pejabat seperti yang ditetapkan dalam Perintah Am Bab "G" dan sekiranya keadaan memerlukan tuan boleh diarahkan untuk bekerja lebih masa pada masa-masa yang ditetapkan.

PERATURAN/KERJA PEJABAT:
Tuan dikehendaki mematuhi segala perauran dan arahan yang berjalan sekarang dan juga peraturan-peraturan serta arahan-arahan lain yang mungkin dibuat dari semasa ke semasa.

CARUMAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA:
Tuan adalah diwajibkan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

SYARAT-SYARAT LAIN:
(a) Tuan adalah bukan pegawai awam;
(b) Tuan hendaklah berkhidmat dengan kementerian/jabatan yang ditetapkan.
(c) Tuan tidak layak menuntut apa-apa elaun dan kemudahan selain yang dinyatakan;
(d) Tuan adalah anggota sambilan yang bukan satu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap.



Friday, January 18, 2013

Rezeki Allah S.W.T :)



Alhamdulillah..

Kegembiraan mereka saya kongsikan bersama-sama sahabat disini. Along n abang long saya kawen n skarang dah dapat "baby gurl" yang namanya Nur Qurratul'Auni bt Kamarul Baharin. Lahir pada 12/12/12 tahun lepas.. hehe

Auni dilahirkan awal dari tarikh yang sepatutnya disebabkan oleh sebab-sebab tertentu. Masa dah dilahirkan pun .. bayi mengalami masalah pernafasan pada peringkat awal tp xserius.. sekejap je pakai oksigen.. then petang tu dah diberikan kembali kepada ibu bapanye.. cute sangat dapat tengok baby on the first day dia melihat dunia.

Banyak barang-barang persediaan untuk menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Antara barang keperluannya:

1. Pampers newborn
2. Set pakaian for newborn
3. Set mandian bayi
4. Wet tissus
5. Minyak panas untuk sapu kat perut (keliling pusat)
6. Air utk cucian tali pusat
7. Tali barut untuk bayi
8. Set selepas mandian (bedak, losyen, minyak rambut, minyak untuk badan)
9. kelambu (elak nyamuk atau serangga gigit bayi)
10. Bantal-bantal bersesuaian

Thursday, January 17, 2013

KGSK/ GSTT


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... setelah tamat pengajian di UITM Shah Alam dalam bidang Instruksional Komunikasi Pengajian, kini, saya menjalankan tugas sebagai Guru Ganti di Sk Sri Labis, Segamat. Saya mengajar pelajar sekolah darjah 2 Bestari, 2 Bijak dan juga 5 Bijak disana. Banyak pengalaman yang saya timba disini... Mempelajari sesuatu yang baru dan merasakan bebanan dan tanggungjawab yang harus guru-guru pikul sebagai medium penyampaian maklumat , ilmu dan juga nilai-nilai murni kepada anak muridnya dalam menjadikan mereka insan-insan yang berkualiti dalam apa bidang yang mere ceburi kelak.

Kepada sesiapa yang nak atau teringin untuk menjadi guru ganti.. apa yang anda perlu buat ialah:

1. Dapatkan borang di PPD terdekat di daerah yang anda mahu dtugaskan.
2. Isi borang dan hantar
3. Jangan lupa lampiran sijil-sijil dan juga resume terkini anda.
4. Tunggu dipanggil temuduga (biasanya dalam tempuh 3 bulan.. if dah lebih .. anggapje dah ditolak permohonannya.. jd hantar permohonan baru ea).

** Ingat.. Jangan putus asa ea. :)