Saturday, March 30, 2013

My First "I City " :)


Ni la first time pg jenjalan kat shah alam selepas menamatkan pelajaran kat cn. Awal March 2013 ni dah 3 tahun dan selama tiga tahun tu jugaklah xpegi memanapun.. even wet world kat sek. 2 tu.. Tp Alhamdulillah.. dapat pg kuor lewat malam ngan my lovely family. Cuma berempatje yang pg cn.. my mum, my dad n my sis n me :)... Best sangat pg sana. Tp saya x g men sume pun.. just pg nek benda yang saya suke malam tu.. lagipun dah agak penat gak travel dari segamat > gemas >  gombak > and then shah alam > n then nak p segamat blek... kan3..


Ha.. yang ni la yang saya naik... Agak-agaknye ape ea.. ? :) Hmm.. saya pun dah xbape nak pasti pe nama yang ni.. tp something wheel kot ek.. hihi...ha.. namanye " Giant Ferris Wheel" n tingginya about 100m tall this one.. 10 ringgit per person. Hmm.. banyak lagi aktiviti menarik yang kengkawan leh sertai kat cn.. ohh.. lagi satu.. teknik bayaran kat cn menggunakan kad yang perlu didapatkan kat kaunter dibahagian sebelah "Giant ferris wheel " ni.. kene beratur kat situ untuk dapatkan kad. Macam kad bank camtu.. awak-awak sume kene bayar untuk dapatkan kad tu.. ok... if nak nek ferris wheel tu.. kenelah ada rm dalam kad tu yang mencukupi.. so.. if xcukup.. kawan-kawan kenelah pg topup kad tu, tp kene ingat ia... jika ada sebarang baki semasa pemulangan kad tersebut.. duit baki tidak akan dipulangkan n awak cuma dapat deposit kad rm 5 sahaja. yang tu kene ingat tau... if x.. rugi sangat-sangat... :)


N salah satu keunikannya kat cn adalah pokok-pokoknye tu... n bersesuaian la dengan namanya "I City".. cahaya-cahaya gitu... sumenya bercahaya kat cn.. cantik sungguh.. Alhamdulillah... bersyukurnya dapat pg tempat camni dengan family saya.

Insyaa Allah... akan saya pegi kesini suatu hari nanti.. n just for this I City things only... wahhh... :) Mai lagi kat cn ngan family. Jika ada rezeki lebih nanti kan :)...  Amin..

Yes!! Hehe.. P/s kepada kawan-kawan yang nak butiran tentang tempat yang dinamakan "i- city" ni.. leh la go to this link k http://www.malaysia-traveller.com/i-City.html for more info about that certain place that u might wanna go later on kan :)



Balik KG GG



Ngantuk ea auni? :)
Apelah mokde... dah tidokan auni tp ucik-ucik auni mau tido.. kan3.. B-) .. Xpe.. Auni kan cool.. Cayang dia sangat2. Sangat mokcik lebih2 ea.. sayang Nurqurratul'auni :) Muahhhh...

Our Auni dah blek kampong GG dah.. Dah lama dah tak jumpe auni. Dah makin membesar dah puteri sulong along kita ni. Dah banyak perkembangan yang dia tunjukkan.. dah mule nak belajar duduk-duduk, cuba angkat badan dia untuk duduk-duduk. Mesti makcik n pakcik dia yang len rindu sangat-sangat kat dia ni. Maklumlah... anak sedara pertama dalam famili nukleus ni kan.. Tak sempat dia nak baring kejap, dah ada yang len tolong angkat dan men manje-manje ngan dia. :)

Dah 3 bulan dah masuk bulan ni .. B.O pun dah menarik dah.. kikiki.. Bekas mandi dah makin kecil or auni dah membesar? hihi :)



Sunday, March 24, 2013

Inti Kelapa

Bahan-bahan
  • 1 biji kelapa parut
  • 1/2 cawan gula merah/melaka (manis ikut suka)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 helai daun pandan(simpulkan)
  • sedikit air utk masak gula melaka bersama gula pasir- tapiskan


Cara-cara

  1. Masak air gula bersama daun pandan
  2. Masukkan kelapa parut dan gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah
  3. Kacau secara berkala selama 10-15 minit dan inti tersebut akan menjadi keperang-perangan.
  4. Letakkan kedalam bekas dan buangkan daun pandan tadi.
  5. Siap digunakan sebagai inti.

** Daun pandan digunakan sebagai agen untuk menaikkan bau harum dan wangi.

Lompat Tikam

Well.. kuih yang ni lebih kurangje caranya proses nak buat sum-sum berkuah. Macam mana nak buat? ... Susah? Xpe.. jangan risau, saya akan bantu setakat yang saya mampu. Anda cuma perlu ~

Bahan-bahan

Lapisan bahagian hijau
  • 2 cawan tepung beras 
  • 1/2 sudu kecil garam/secukup rasa
  • 4 cawan air perahan pandan
  • 1 sudu kecil kapur makan (jika mahu, tp saya tak pakai)
Lapisan bahagian putih
  • 2 cawan tepung beras
  • 3 cawan perahan santan (letak lebih jika mahukan lebih rasa lemak)
  • 1 sudu kecil garam/ secukup rasa
Air gula
  • 1 buku gula melaka
  • Air secukupnya

Cara Penyediaannya

Air gula

Gula melaka yang dicampur dengan sesenduk gula pasir (larutkan diatas dapur bersama air). Kemudian, tunggu air gula sejuk dan tapiskan untuk mengasingkan bendasing daripada air gula.

Lapisan Hijau

  1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak ada ketulan tepung.
  2. Tapis campuran dan masukkan campuran kedalam periuk dan masak.
  3. Dikacau secara kerap diatas api sedarhana sehingga campuran menjadi likat dan berkilat.
  4. Kemudian, ianya diletakkan di dalam bekas yang bersesuaian (loyang dll) dan sejukkan.

Lapisan Putih

  1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak ada ketulan tepung.
  2. Tapis campuran dan masukkan campuran kedalam periuk dan masak.
  3. Dikacau secara kerap diatas api sedarhana sehingga campuran menjadi likat dan berkilat.
  4. Kemudian, ianya diletakkan diatas bahagian lapisan hijau tadi dan sejukkan.
  5. Air gula dituang keatas sum-sum ni.
** Masakan ini sedap dimakan ketika sejuk. Jadi, kawan-kawan boleh simpan sum-sum didalam peti sejuk sebelum makan.

Selamat mencuba !!! :)

Bahasa Isyarat Tangan

Alat bantu mengajar ni saya amek via online je and dun have d proper quote tp ianya sangat bagus untuk dipelajari untuk kita. Enjoy viewing and learning new things k.  :)

Video


Simbol Abjad




Simbol Nombor




Sum sum instant angah

Nama sum sum ni sum sum instant angah.. sebab angah saya suka sangat masak sum sum dia dengan cara ni. Sedap juga rasanya.. Nak cuba? Meh la tengok resepi ni ea.. :)

Bahan-bahan
  • Garam secukup rasa
  • Tepung beras setengah paket
  • Air secukupnya
  • Susu pekat atau gula (secukupnya) .. tp saya suka guna susu

Cara penyediaannya

  1. Semua bahan dicampurkan kedalam satu periuk (rasa manis buburnya tu mengikut kesesuaian). Bagi yang nak manis lagi, tambah lagi susunya ea.
  2. Nyalakan api dapur pada suhu sederhana besar sehingga sum sum masak.
  3. Sedia untuk dihidang.

** Bila nak makan nanti, barulah kawan-kawan campurkan air gula dan sum-sum tadi. Selamat mencuba :)

** Masak masakan ni memang lama sikit, macam masak nasi jugak.. sbb kita menggunakan tepung yang berasaskan beras. :)

** Kene selalu mengacau sebatian. Jika tidak, mungkin sebatian akan berkerak dibahagian dasar periuk dan ini akan menyukarka proses masak. Mungkin juga boleh hangus nanti jika tidak jaga betul-betul. :)

Selamat mencuba!!! B-)

Sum sum

Bahan-bahan

Bahan A
  • 1 biji santan
  • Garam
  • Tepung beras
  • Air
Bahan B (Kuah)
  • Gula melaka 2 ketul
  • Air secukupnya
  • Daun pandan ( 3 helai)

Cara penyediaannya

  1. Semua bahan A dicampurkan kedalam satu periuk.
  2. Nyalakan api dapur pada suhu sederhana besar sehingga masak.
  3. Bahan untuk kuah pula: Gula, air dan daun pandan dicampurkan dalam periuk. Didihkan dan tapis.
  4. Sedia untuk dihidang.

** Bila nak makan nanti, barulah kawan-kawan campurkan air gula dan sum-sum tadi. Selamat mencuba :)

Rosak dahhh ...

Bateri mac dah osak... aritu check price about rm 600 gak nak ganti baru. So, now.. I need to find the closes store to make it done in no time.

Hilangkan bau hanyir ikan sungai


Baiklah... buat masa ni saya ingin kongsikan tips kepada anda-anda yang ingin makan ikan sungai tapi tidak tahan dengan bau hanyir yang dikeluarkan oleh ikan tu. Jangan rasa tidak senang hati sebab saya akan kongsikan cara mudah untuk anda. Ok.. sedia!!! :)

Cara Pertama
Rendamkan ikan bersama air asam jawa selama 1-2 minit dan bilas.

Cara kedua
Rendam ikan bersama daun serai dan asam jawa yang diramas bersama ikan. Biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilaskan.

Cara ketiga
Rendamkan ikan bersama air cucian beras selama beberapa minit dan kemudiannya dibilas bersih.


** Ingat tau kawan-kawan, ikan tersebut sebaik-baiknya disiang dan dibuangkan darahnya terlebih dahulu.

Jus pegaga gajah


Kalau kawan-kawan ingin tahu, pegaga gajah ni tidaklah sepahit pegaga yang biasa kita jumpa tu. Pegaga gajah ni sebesar namanya juga, besar-besar yang ada saya tanam dekat rumah. Kawan-kawan mesti dah tahu kebaikan pegaga untuk awet muda kan? Ianya mengandungi kandungan yang melambatkan proses penuaan, mengurangkan berat badan, dan menyegarkan selain dapat dibuat kerabu dan sebagai ulam-ulaman mentah. Macam mana nak buat jus pegaga? Hehe.. Meh saya bantu..

Bahan-bahan :-

  1. Daun pegaga yang telah dibersihkan (100gram)
  2. Gula perang (2-3 camca gula mengikut selera)
  3. Air mineral (anggaran 400-500 ml)
  4. Ais

Cara penyediaan :-

  1. Didihkan dan larutkan campuran gula perang dan air.
  2. Kemudian, sejukkan campuran dan tapis untuk mengasingkan bendasing jika ada.
  3. Kisar campuran air dan daun pegaga tersebut. Kemudian jusnya ditapis.
  4. Jus itu kemudiannya dimasukkan kedalam mesin pengisar  bersama ais, dan ianya dikisar sehingga ais hancur.
  5. Siap dihidang.
** Pegaga biasa juga boleh digunakan. Jika kawan-kawan berminat, boleh juga letakkan sedikit madu mengikut selera anda.

Masker telur


Sangat mudah untuk diamalkan. Ianya dapat menegangkan kulit muka disamping tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang mungkin boleh membahayakan penggunanya. Apa yang kawan-kawan boleh buat untuk menggunakan masker ini adalah dengan mengikuti beberapa langkah mudah dan jangan lupa bahan utama kita iaitu putih telur. :)

Langkah :-

  1. Pecahkan telur dan asingkan putih telur dan kuning telur di dalam bekas berasingan.
  2. Sapukan pada muka.
  3. Biarkan ianya kering.
  4. Cuci muka dengan menggunakan air suam sehingga bersih.

** Amalkan secara kerap ea.. 3 kali seminggu dan semoga usaha anda berjaya. Nurul pun guna gak cara ni.. :)


Saturday, March 23, 2013

Reformat external



Well, normally people said that.. the external that they buy can't be used when connected to the apple laptop and for instant .. macbook pro. So do I, i'm facing that kind of problem in years back like the items from mac to the device transfer failed and cannot copy items and paste in the external device. So, this is not really a big problem for the mac user, it's only the different formats that function in both external and your mac. So, what can we do? This is something that you don't have to worry. By using this simple step, I will try my best to guide you. Ready! Ok! Let's go..!! :)
  1. Insert the external.
  2. Click application - utilities - Disk utility 
  3. And this applications box will appear...
  4.                                                                                                   
  5. Next, you need to click your external device.
  6. Click erase button on the right of the application menu.
  7. Then, choose the format to mac os extended.
  8. After that, click erase button at the bottom right and wait for the process.
  9. When the formats session is complete, we'll need to create partition for your device. The utility page will shown like below:
  10. Next, change the volume scheme base on your need.
  11. Change your device name.
  12. Click apply button on the bottom right and wait until the partition stage is complete.
  13. Ready to used.

** Well, now you can freely transfer your document into your external.

Ikan Kukus/steam


Bahan-bahan:
  1. Seekor ikan bawal
  2. 3 inci halia (ikut selera)
  3. Setangkai daun ketumbar
  4. 3 tangkai cendawan
  5. Sebatang daun bawang
  6. Garam
  7. Minyak untuk menggoreng
  8. Kicap cair
  9. Lada sulah


Cara masakan:

  •  Cendawan direndam dalam air.
  •  Ikan dibersihkan dan dilumurkan sedikit dengan garam halus.
  •  Mayang (hiris) ikan bawal bagi mesra rasanya.
  •  Petik ketumbar dan potong daun bawang untuk hiasan.
  •  Ikan diletakkan kedalam pinggan enamel dan cendawan dan halia diletakkan diatasnya.
  • Tuangkan secamca besar air dan secamca besar minyak bersama sedikit kicap cair dan sedikit lada sulah keatasnya.
  • Ikan direbus selama 10 minit.
  • Apabila sudah masak, mata ikan itu akan terjojol dan isinya akan mudah lekang daripada tulangnya.
  •  Hidangkan ikan dengan dihiaskan dengan daun bawabg dan daun ketumbar.

Bepang Kacang


Bahan-bahan

200 gram kacang tanah
50 gram bijan
145 gram gula

Cara-caranya:-
  1. Kacang dan bijan disangai tanpa minyak secara berasingan. Sejukkan.
  2. Buang kulit kacang tanah.
  3. Sapukan sedikit minyak pada loyang empat segi besar.
  4. Tabur rata bijan dan kacang tanah dalam loyang tadi.
  5. Masak gula hingga hangus.
  6. Tuang gula hangus hingga menutupi kacang dan bijan.
  7. Potong bepang bentuk empat segi atau panjang semasa masih panas.
  8. Sejukkan dulu sebelum disimpan.


Telur Scramble


Bahan-bahan
  1. Telur - 4 biji
  2. Bawang merah (hiris) - 1 biji
  3. Bawang putih (tumbuk lumat) - 1 ulas
  4. Cili merah sederhana besar (tumbuk lumat) - 2/3 biji
  5. Garam - secukup rasa
  6. Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaannya
  1. Bawang merah, cili merah, bawang putih, dan garam ditumbuk menggunakan lesung batu.
  2. Panaskan kuali bersama minyak secukupnya.
  3. Setelah kuali panas, masukkan bahan yang ditumbuk tadi kedalam kuali sehingga naik bau.
  4. Masukkan telur kedalam kuali dan kacau menggunakan sudip sehingga masak.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

** Boleh dibuat sebagai inti roti dan juga boleh makan terus makan dengan nasi atau bubur. :)
Selamat mencuba kawan :)

Inti Kacang Merah

Bahan-bahan ~

  1. Kacang merah : 1kg
  2. Garam (secukup rasa)
  3. Gula (Secukup rasa)
  4. Air secukupnya
Cara penyediaan ~
  1. Basuh kacang merah tadi.
  2. Masukkan kacang merah yang telah dibasuh bersih kedalam periuk.
  3. Letakkan periuk tadi keatas dapur dengan bukaan api sedarhana besar.
  4. Masukkan air, dan biarkan air melebihi paras kacang sebanyak anggaran 1 jari telunjuk kengkawan ea.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Kemudian, masukkan gula pula. Bahagian gula ni pula, kawan-kawan perlulah masukkan gula tu secukupnya ikut keselesaan. Dinasihatkan untuk letak sikit dan kacau adunan. dan rasa sikit. Jika kurang manis, tambahkan gula. Kemudian kacau dan rasa semula. Jika dah cukup manis, tidak perlulah untuk menambah gula.
  7. Untuk prosedur seterusnya, jaga kacang tadi sehingga masak.
  8. Apabila sudah masak, tutup api dapur.
  9. Tunggu sehingga kacang tadi tu sejuk  atau suam-suam camtu.
  10. Masukkan sedikit kacang yang telah dimasak kedalam pengisar dan kisar sehingga hancur.
  11. Ulang langkah 10 sehingga semua kacang yang telah dimasak tu.
  12. Simpan pes dalam bekas dan letakkan dalam peti sejuk untuk dibuat bahan sapuan/inti. 
** Semasa mengisar, jika kacang terlalu kering dan sukar untuk dikisar. Campurkan sedikit air untuk memudahkan proses pengisaran. Ingat, air tu mestilah air yang telah dimasak atau air mineral.

** Tips: Jika mahu tahu kacang ni sudah masak. Kacang akan pecah atau terbuka sedikit dan ianya lembut. Jika kacang belum masak tetapi air dah tinggal sikit, campurkan air kedalam periuk untuk membantu proses masakan.

* Mungkin ada diantara sahabat yang tak mahu lakukan proses  pengisaran.. Ini adalah pilihan anda dan ianya terpulang mengikut selera. :)

Jangan lupa cuba ea!! :)

Friday, March 22, 2013

Telur Dadar Smash!!

Bahan-bahan:

3 biji telur
4 batang kacang panjang ( dihiris halus)
3 biji cili (ditumbuk)
1 biji bawang (dihiris)
Garam secukup rasa
Ikan bilis ( Ditumbuk)
Minyak masak (digalakkan menggunakan minyak zaiton)


Cara penyediaan:-

  1. Cili, bawang, garam dan ikan bilis dimasukkan kedalam lesung batu dan ditumbuk. (Lumat atau tidak itu terpulang kepada selera kawan-kawan ea)
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi bersama kacang panjang yang dihiris sehingga naik bau wangi dan angkat bahan yang ditumis tadi.
  3. Bahan yang ditumis, kemudian dimasukkan kedalam telur dan kacau.
  4. Masukkan sedikit minyak kedalam kuali dan tunggu kuali panas.
  5. Kemudian, masukkan bancuhan telur tadi kedalam kuali dengan menggunakan api kecil sederhana.
  6. Kemudian, apabila telur tu akan dipalingkan untuk memastikan kedua-dua bahagian masak.

** Kawan-kawan boleh juga masukkan keju jika mahu.. boleh juga taburkan keju parmesan selepas telur dadar diangkat. Ianya terpulang untuk kawan-kawan yang suka makan keju macam Nurul. n.. elakkan pengunaan minyak n garam yang banyak ea.. bukan apa.. untuk kesihatan kita kan.. :)

P/s: Selamat mencuba ea.. B-)


Roti telur



Bahan-bahannya
  1. Roti (terpulang nak buat banyak mana)
  2. Telur ~ 4-5 biji
  3. Garam ~ Secukup rasa 
  4. Lada hitam (terpulang)
  5. Minyak masak (minyak zaiton pun boleh)

Cara membuatnya
  1. Mula-mula telur dipecahkan dan dicampurkan dengan garam bersama-sama lada sulah (ubuh susu cair sikit pun boleh).
  2. Setelah itu,panaskan minyak ataupun majerin didalam kuali.
  3. Apabila sudah agak panas minyaknya.
  4.  Gaulkan atau salutkan roti pertama dan campurkan dengan campuran telur tadi.
  5. Setelah itu, masukkan roti yang telah disalut itu kedalam kuali dan paling-palingkan sehingga masak dan warnya bertukar keperang-perangan.
  6. Angkat roti dan letakkan diatas pinggan yang ada "paper towel" untuk serap lebihan minyak (baik untuk kesihatan juga)
  7. Sedia untuk dimakan.
  8. Roti telur ni sangat enak dimakan sewaktu panas. 
  9. Ingat! Elakkan mengunakan minyak yang banyak kerana ianya tidak sihat dan roti akan menyerap minyak secara berlebihan. Lebih baik untuk menggunakan minyak zaiton.

Kole Kacang Untuk Abah





Cubaan Pertama




Ini adalah masakan kole kacang kesukaan abah saya n pada umur 21 tahun barulah saya tahu nak buat macam mana. Resepi ni saya dapat kat internet dan agak manis.. Jadi saya rendahkan kadar gulanya sedikit.. n inipun manis jugak.. Jadi bagi sesiapa yang nak kurangkan lagi kadar kemanisannya tu, kurangkan kadar penggunaan gula dalam masakan ini mengikut kesesuaian dan selamat mencuba.



Ibu kelapa:
:: 500 ml santan pekat di masak atas api sehingga keluar minyak (ketul2)

Bahan A:
150 g gula melaka (145 g )
50 g gula pasir (45g bagi yang nak kurangkan kadar gula, tp ikut kesesuaian anda juga)
200 ml air


Bahan B:
200 g tepung kacang hijau
500 ml santan pekat
400 ml air
¼ sudu the garam (secukup rasa)


Cara-caranya:

1. Cairkan Bahan A kemudian sejukkan sebentar. (Cairkan bahan A atas api. Selepas sebatian larut, angkat dan tapis sebatian bahan A untuk menapis sebarang bendasing).
2. satukan bahan B dan kacau hingga sebati.
3. Sesudah itu masukkan bahan A kedalam bahan B yang telah ditapis.
4. Masak bahan A dan B yang telah dicampurkan ke atas api yang sedarhana. (kacau selalu agar tepung tidak berketul)
5. Masak s ehingga likat. Apabila sudah masak, letak diatas Loyang yang telah disapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tahi minyak diatas kuih ini.
6. Bila sebatian sudah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk jika kuih masih cair sedikit (untuk firmkan kuih)
7. Sedia untuk dihidang.