Untuk Kita


Roda Putaran Kita


Hidup ini bagaikan roda. Kekadang kita diatas dan kekadang pula kita dibawah. Ada yg baik, ada yang buruk, dan ada pula yang senantiasa diatas, kerana dia mendaki dan mendaki tanpa pernah melangkah atau pandang jejak-jejak yang dilaluinya.

            Izinkan aku bercerita tentang sebuah cerita yang mungkin orang anggap ianya cerita basi , dah lapok, tetapi bagi aku ianya tak lapok kerana sering kali ianya berlaku dan bukan  jarang-jarang bagi aku mahupun kamu. Hanya mereka yang berpandangan agak terlalu memfokus kepada satu-satu isu kedepan sahaja akan berfikiran seperti itu yang sepatutnya isu ini dibawa bersama-sama dalam diskusi-diskusi mereka.

            Seorang daripada sahabatku, sememangnye perempuan dan dia juga dikenali dengan murid yang pandai, aktif disekolah lamanya. Dia seorang pandai berdebat dalam bahasa inggeris, dipuji dan digah-gahkan semasa disekolah lamanya malahan bijak dalam matapelajaran sains dan ianya terbukti dalam SPM yang diambilnya pada tahin 2006 dengan pencapaian sebanyak 6a, ealah jika nak dibandingkan dengan aku yang hanya cukup-cukup makan. Dengan kehendak Allah aku dan dia ditakdirkan memasuki sekolah yang sama tetapi kos yang aku dan dia ambil berbeza, aku dengan kos sastera dan dia pulak course sains. Aku yang pada asalnya ingin memasuki bidang itu tak tercapai. Tiba pula sahabatku ini memasuki kelasku kerana menukar opsyen matapelajaran yang diambilnya dan ketika itu aku terkilan sangat. Dia dengan mudah menarik diri keluar dan memasuki aliran berlainan dan itu membuatkan aku tertanya -tanya kenapa? Denganmudah dia menyatakan dengan penuh yakin “ saya nak jd peguam” kerana itu yang dia inginkan dan sebab itu dia menarik diri dari bidang sains.. aku terkilan sbb aku nak blajar bidang tu tetapi sbg kawan aku sokong minatnya.

            Aku lihat dalam setiap peperiksaan yang dia duduki setiap kali memang tidak menentu, kekadang bagus dan kekadang tidak. Memang pada awal kemasukan kami ketingkatan 6 bawah aku jangkakan sebagai satu kesilapan. Ealah keputusan pertama kami semua memang  tak layak digelar pelajar tetapi guru-guru boleh pula mentertawakan kami dan berkata inilah kehidupan. Difikiranku terdetik, apa kehidupan yang aku cari? Lamunanku terhenti. Berbalik kepada kisah akuni. Ramai juga kawan-kawan aku yang down masani. Katenya macam mana nak teruskan dan ada yang buat tak kisahje dan aku pulak selamber, xmemikirkan masa yang dah semakin singkat tetapi memikirkan tetntang bagaimana harus aku lakukan selepas ini untuk memperbaiki keputusan dan seterusnya kehidupan aku ini bagi membahagiakan mereka yang aku sayangi. Mereka yang aku maksudkan itu adalah ibu bapaku dan keluarga yang menginginkan kejayaan daripada seorang insan yang dicorak peribadi dan kesukaannya sejak kecil lagi.

            Dalam setiap ujian mendatang aku merasakan diriku teramat  kecil antara sahabatku dek kerana markahku tak setanding dengan mereka. Aku iri, dan aku tau iri aku yang positif mampu membangunkan diriku yang berada dalam kebutaan arah tuju dalam kehidupan. Saat dan ketika itu sahabat-sahabatku datang menghapiri aku dengan senyuman semangatnya untuk membangunkan diriku semula yang kian tenggelam di buai kegagalan. Sewaktu itu aku mula mengatur langkah satu demi satu untuk memacu diriku kepuncak destinasiku pada waktu itu dengan sokongan mereka yang ku sayangi. Keberadaan mereka sangat aku rasakan.

            Usaha demi usaha aku lakukan, bertanyakan guru dan juga melalui buku0buku rujukan. Persaan maluku diketepikan, ruang yang ada sewaktu alam persekolahan harus aku utamakan untuk membela nasib dikemudian hari.  Usaha demi usaha, pengorbanan waktu dan ruang bersama keluarga pada saat akhir untuk menuju ke musim peperiksaan amat aku rasakan dan aku sedaya upaya melakukan yang terbaik buat mereka.

            Pada hari-hari terakhir ujian STPM, aku sempat melihat wajah-wajah sahabat  juangku. Aku terfikir apa agaknya warna kepuasan aku da kawan-kawan, baik atau burukkah ia?. Aku menunggu dengan penuh kegelisahan, kerisauan aku tu membuatkan aku sampai demam 1 hari sebelum result keluar.  Akhirnya hari-  hari yang aku tunggu tiba juga akhirnya tetapi aku mendapat tahu bahawa rakan ku ada yang Berjaya dan kurang Berjaya. Aku terperanjat mendengar bahawa seorang daripada sahabat ku kecundang di medan pertempuran minda. Aku lihat dia bijak, pandai menguruskan masa dan memang sering mendapat markah yang baik. Ini membuatkan aku ingat akan kata-kata orang bahawa yang dunia ini dan kehidupan ini bagaikan roda, kekadang dibawah dan kekadang pula kita di atas.  Itu kenyataannya, kerana ia sememangnya lumrah kehidupan duniawi.  Ceritera kehidupan manusia dalam menghadapi kehidupan tidak kan ada penghujungnya kerana penghidupan selepas tertutupnya mata dan terputusnya nafas tidak berpenghujung.

No comments:

Post a Comment