Monday, December 9, 2013

KITARAN HAID TIDAK TERATUR : PUNCA, KESAN & PENYELESAIANNYA


Assalamualaikum pembaca Yourhealthshoppe yg dikasihi semua! Post kali ni khusus nak bercerita tentang sesuatu yg amat biasa & berkait rapat dengan seorang wanita. Namun, terdapat juga segelintir wanita yg tidak menyedari tentang kepentingannya ataupun tidak tahu apa yg harus dilakukan sekiranya KITARAN HAID mereka tidak tetap atau tidak menentu.

Tahukah anda kepentingan kitaran haid bagi seorang wanita?

Kitaran haid yang teratur & lancar adalah penanda kepada tahap kesuburan yg baik bagi seorang wanita. Bagi seorang wanita yg telah berkahwin, kitaran haid yg teratur menjadi petunjuk utama untuk merancang untuk hamil mahupun menentukan sama ada kehamilan telah terjadi ataupun belum. Ia diukur melalui kedatangan haid yg lewat pada bulan-bulan di mana mereka merancang untuk mendapatkan zuriat.

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita bernasib baik mempunyai kitaran haid yg teratur. Sesetengah wanita mungkin tidak datang haid setiap bulan, ataupun didatangi haid yg terlalu panjang pada sesetengah bulan. Ini tentunya menimbulkan kerisauan khususnya mereka yg sedang merancang untuk hamil mahupun yg ingin mendirikan rumah tangga.


Secara teorinya, proses untuk mendapatkan zuriat ataupun merancang kehamilan amat berkait rapat dengan kitaran haid seseorang. Ia boleh dikatakan 'berkadar langsung' pada kebiasaanya di mana; wanita yg didatangi haid setiap bulan adalah wanita yg subur; di mana ovum-ovum matang yg berpotensi untuk disenyawakan 'dilepaskan' setiap bulan oleh ovari pada hari-hari tertentu (yg dipanggil sebagai 'hari subur'). Kebarangkalian untuk hamil adalah sehingga 90% sekiranya pasangan tersebut melakukan hubungan seks/intim pada 'hari-hari subur' seorang wanita. Justeru, mana-mana wanita yg mempunyai kitaran haid tidak teratur, seperti kitaran bilangan hari yg tidak tetap (bukan antara 28-35 hari) ataupun mempunyai kedatangan haid yg panjang (bukan antara 4-8 hari), peluang untuk menentukan 'hari subur' menjadi lebih sukar. Secara tidak langsung, kebarangkalian untuk hamil juga adalah rendah.

Menurut Majalah Pa & Ma, 12 punca haid yg tidak teratur adalah:


 KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

 KEHAMILAN - haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. TAHNIAH!! \(^_^)/
 BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.
 TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.
 MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.
 MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.
 PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.
 TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
 PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!
 TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.
 MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
 UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.


Adakah supplement Shaklee yang mampu membantu wanita yg mempunyai kitaran haid tidak teratur ini?

YA! GLA COMPLEX adalah jawapannya!


GLA COMPLEX berfungsi menstabilkan hormon dan sangat baik diambil oleh wanita, ia menjaga dalaman dan kesannya, sangat baik. Dengan bahan asasnya minyak Bunga Borage, minyak biji bunga matahari serta Vitamin E semulajadi, GLA Complex juga mampu untuk:

» Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid

» Membantu meningkatkan kesuburan
» Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
» Membantu dalam menangani menopus
» Menguatkan kuku dan rambut
» Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
» Membantu menangai ekzema
» Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
» Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
» Menguatkan imuniti tubuh
» Memperlahankan proses penuaan
» Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
» Mengawal kencing manis dan darah tinggi
» Mengawal kolesterol
» Untuk fungsi saraf


Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (nurul - ID 959098)
Email: nurulzakiahmuhamad@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 0177209665

Thursday, November 21, 2013

madsud mini page: Produk Aura white

madsud mini page: Produk Aura white: CERAH, CANTIK & GEBU DENGAN AURAWHITE CHOCOLATE INDULGENCE: Harga:  Aura Choc RM150SM 160SS Free Shaker+Mini Aura...

Tuesday, November 19, 2013

Ibu




Ibu itu satu anugerah untuk setiap insan yang bergelar anak. Satu hari semua nikmat kurniaan itu akan hilang dan kita tidak akan tahu.. TIDAK.. tidak akan tahu bila akan kita kehilangannya.. bila nikmat itu akan ditarik kembali dari sisi kita, dan dari pandangan kita. Hargailah setiap apa yang dikau ada dan setiap apa yang dikau perolehi.

Friday, August 9, 2013

Rahimah Rahim - Gadis dan bunga




Yes, this is the new video that i've search in youtube. Got a lot of memories to be treasured back then.. hihi. While im in the camp for 2 month :)

Sunday, July 28, 2013

Malam Akrab Kem K2 Siri 10/2013




Assalamualaikum,

Ok, hai kawan-kawan.. Video untuk tatapan semua sy dah jumpe.. ngehee.. Jumpe kat youtube je. Best tengok video ni. compilation lagi dari awal sampaila habis program malam akrab yang dijamu khas untuk warga kem PLKN Karisma pada kali ini. :)

Malam yang penuh gilang-gemilang buat semua dan saya.. haha :)

Friday, July 26, 2013

Kuih keria

Senang dan mudah sahaja.. Jadi jum masak-masak :)

Kita cuma perlukan bahan-bahan seperti:


  1. Keledek manis
  2. Air
  3. Sedikit garam (secukup rasa)
  4. Tepung gandum ; secawan kopi (ikut kesesuaian)
  5. Gula pasir

Cara memasak:

  1. Keledek dibersihkan dan direbus dalam periuk bersama sedikit garam
  2. Tunggu sehingga keledek masak.
  3. Kemudian, kopek dan lenyek hancur dan sejukkan seketika.
  4. Campurkan tepung sedikit dan jangan terlampau banyak.
  5. Uli dan bentukkan
  6. Setelah selesai, panaskan kuali dan masak kuih tadi.
  7. Blender gula pasir, dan tabur atas kueh jika mahu. 

Saturday, July 20, 2013

Popcorn Caramel



Semalam buat  (19/7/2013) popcorn ni. Ingatkan susah sangat nak buat popcorn ni dan dengan bantuan video yang saya tengok, ni lah hasilnya. Jum, nikmat berkongsi itu sangat indah :)


Bahan-bahan:



  1. Jagung 4-5 genggam
  2. Butter cup : 1 buku
  3. Gula perang: 2 cawan
  4. Minyak masak/ minyak zaitun

Cara penyediaan:

Bertih jagung/ Popcorn
  1. Periuk dipanaskan bersama sedikit minyak.
  2. Masukkan jagung segenggam pada kali pertama dan jangan lupa tutup periuk. (Tunggu bunyi pop hilang, tu tandanya dah masak dan angkat)
  3. Ulang langkah 1 dan 2 sehingga jagung semua digunakan

Karemel dan sadur jagung

  1. Panaskan kuali
  2. Masukkan butter cup, dan tunggu sehingga cair/melt keseluruhannya
  3. Masukkan gula perang dan kacau sehingga larut.
  4. Kemudian, masukkan jagung tadi dan gaulkan jagung dan karemel sehingga sebati.
  5. Gaul sehingga karemel kering diatas jagung tadi.
  6. Sedia untuk dimakan ::)


Tuesday, July 16, 2013

pandai dah dia :)



Sikecil along dah pandai pegang botol susunya sendiri, biasala... dulu masa minumnye tu dipengagkan botol susunya. baru nak belajar-belajar pegang.. hihi.. kejap-kejap dia pegang dan ada masanya tidak :). Tp yang best tu, dia leh capai botolnye sendiri kat atas lantai dan masukkan dalam mulut, pe lagi.. kita golekkan dia n bagi posisi baring cam dalam gambar.. terus snap pic sikecil.

Sunday, July 14, 2013

Jum.. Cartoon effect in Photoshop :)



Just follow simple step in doing your own effect in photoshop. These one i've done it in adobe cs5 but you can also do it in adobe CS4 or 3. The most important things that we must have is a photo of ours. Ok, now.. we are good to go.

We all must follow step as below::

  1. Open up the picture or just drag the file/picture that you want to edit.
  2. Then, duplicate the layer of that picture (CTRL+J/ CMD+J)
  3. Apply surface blur. Filter- blur - surface blur. (Radius-5, threshold-15)
  4. Apply poster edges to it. Filter - artistic - poster edges.
  5. Adjust brightness contrast if you want
  6. Then, filters the image for one more time by adding the film grain effect. Filter - Artistic -film grain. (4,0,7)
  7. Done.

Friday, June 28, 2013

Majlis perkahwinan sahabat ;)

Assalamualaikum para sahabat,

Harini 28 hb 6 2013 n as for me ni adalah first trip ke kelantan. tujuan utamanya sudah tentu ke majlis kahwen,.hihi. first time pg sana dengan kengkawan sekerja. hopefully the journey gonna be just fine, Amin. mari kita menghayati keindahan alam ciptaan-Nya dengan cara bermusafir di bumi yg indah ini. 

Dijangka bertolak pada 2000 h nnt. dengan hanya Rm60 sahaja, semuanya selesai termasuklah duit pergi dan penginapan.. Alhamdulillah, syukur.

Sampai kat umah homestay dekat pukol 1400 h sebab pergi rantau panjang. rantau panjang ni adalah zon bebas cukai di kelantan. if nak beli barang di sini.. jangan lupe mintak resit, sebab area keluar nanti kita akan diperiksa oleh kastam. dan untuk barangan akan dikenakan cukai sebanyak 10 % dari harga pembelian tersebut.

Tapi masa kat umah homestay ada masalah sikit, iaitu masalah air,. wuhuuu.,, dah la ramai nak mandi.. Rupenye mesin paip air tak dibuka...hihi.., lepas siap bersiap-siap sume... ape lagi , kita ke misi seterusnya ;) mamam kat umah kahwen le ;) sy ni sejujurnya mmg sgt susah nk makan makansn umah org kawen, tp masakan org kelantan agak berlainan dan saya suka.. bukan nasi minyak tp mereka gunakan nasi putih dan lauk2 yang lain. Alhamdulillah... sedap, dalam hati nak tambah.. tp kang nek lak badan ni nanti, tp mmg terbaik la masakan tu n even sambal belacannya pun sedak2 belako ;)

Lepas makan kami terus blek umah homestay dan ada satu kejutan utk kami!!!? nak tau? . Ada org terlupa tutup paip dan kebetulan salur air tu tersumbat dan seterusnya umah banjir!!!! muahahaha... habis umah homestay tu dibersihkan oleh boboy n gugurl kem. bantal, karpet dll menjadi mangsa lemas dalam umah, termasuklah bantal dan tempat alas gosok baju. ::))


Tuesday, June 25, 2013

Fasa ii Aktiviti

Malam Akrab


Malam akrab ni adalah malam terakhir pelatih-pelatih untuk berada di kem PLKN Karisma sebelum mereka tamat menjalankan latihan disini. Pengisian malam ni sangat menarik, antaranya:

  1. Persembahan peltih mengikut kompeni (Alpha, Bravo, Charlie dan Delta)
  2. Persembahan Khas pelatih (Gyeomi)
  3. Cabutan bertuah
  4. Pakaian mengikut Tema
  5. Penyampaian hadiah
  6. Salam Akrab (Pernyataan penghargaan/mohon maaf dll)
  7. Penutup
Seperti yang lain-lainnya, saya dok dalam kompeni Alpha :).. jadi ... dah tentula alpha dok dalam hati.. hihi.. Dalam kem ni, semua pelatihnya unik2 belaka dan latar yang berbeza. secara ironinya, mereka hadir untuk mempelajari sesuatu yang jurulatih ajarkan bedasarkan modul, tetapi sebaliknya. Sebalaiknya kamilah yang banyak belajar daripada mereka dari pelbagai aspek dalam kehidupan.



With Jesmine Koo
Definitely gonna remember this Wirawati, One of the most exited gurl about every little thing involving PLKN and her first time doing everything that she like in this camp. Seorang yang dilihat punya motivasi yang tinggi dan sangat sweet. :) 

Me all alone :)
Ntah spec sape terjumpe kat atas meja dan secara tak langsungnya menjadi bahan-bahan saya amek gambar.

gigirl and wee xin

Haha.. we xin our Saloma that night masa kompeni Alpha naik pentas dan berlakon. Dia jadi saloma.. dan dilihat sangat bersemangat untuk hafal lagu malam pesta muda-mudi walaupun dia hanya "miming" sahaja dan tidak mahu melihat lakonan kaku. dia sangat bagus dan saya kagumi usahanya.

Hari Terbuka Kem Plkn Yang Ke-10


Untuk makluman, hari terbuka kem yang ke-10 ini berlangsung serentak seluruh kem di Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan bergantung kepada kem masing-masing. Seperti di Kem PLKN Karisma, terdapat banyak aktiviti menarik untuk dirasai oleh pengunjung seperti aktiviti menaiki bot di tasik buatan, menyertai aktiviti tali tinggi dengan bayaran yang cukup berbaloi.

Selain itu, terdapat pelbagai gerai  dan booth pameran dengan pelbagai tawaran menarik. Antara " booth booth' pameran dl yang dibuka adalah seperti:-

  1. JPAM
  2. KKM - Derma darah
  3. Polis - Rakan Cop
  4. Askar - Wataniah
  5. Celcom- Tawaran pakej

1st time pegang ular.. wuhuhu
Lepas bahagian persembahan selesai, saya jadi DJ jap kat dalam bilik P.A system.. hihi.. men2 tuju lagu n sedikit penyampaian maklumat kepada para pengunjung. Lepas tu pergi derma darah pulak. Then, barulah pergi jengok-jengok JPAM punye site. Wah... hari ni saya gagahkan diri pegang ular.. fuhh.. walaupun tidak berbisa tapi rasa takut dia mematuk tu sangatla tinggi. Tapi, sebab nak cabar perasaan takut tu, pegang tetap pegang. Mula-mula tu memangla takut sangat, lama-lama dapat biasakan diri. 

Pertandingan antara Kompeni

Pertandingan antara kompeni diantara wira dan wirawati terbahagi kepada dua iaitu :-

  1. Pertandingan kawad; dan
  2. Pertandingan kembara halangan


Ya, seperti mana biasa.. semua pertandingan kenelah ada persediaan kan. Jdi, pelatih dilatih oleh jurulatih fizikal masing-masing pada peringkat awal dan kemudiannya mereka menjalankan latihan kompeni sendiri bagi kawad kaki sebelum hari pertandingan menjelma.

Selain persediaan mental dan fizikal untuk mereka, pelatih juga perlu menghasilkan banner/bunting untuk pertandingan tersebut. Ni lah dia gambar-gambar persediaan awal yang dibuat oleh pelatih :-



Permohonan menjadi jurulatih

Baiklah.. ramai yang dah tanya saya bagaimana caranya nak mohon jadi jurulatih kem PLKN sebab mereka tak tahupun bagaimana nak mohon. Jadi, seperti yang saya janjikan.. saya akan beritahu prosedur atau cara bagaimana untuk memohonnye. Tetapi untuk mereka yang ingin memohon ini, anda perlu tahu yang jawatan jurulatih ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Jurulatih maltiskill s27 dan Jurulatih Fizikal S17. Cara-caranya adalah seperti:

  1. Masuk ke laman web JLKN di http://www.khidmatnegara.gov.my/.
  2. Kemudian, klik pada kerjaya.
  3. Isi borang
  4. Klik butang hantar
Dan... kita tunggu keputusannya.. tapi biasanya cepat dapat.. :)

Syarat-syarat lantikan pula adalah seperti yang berikut:
  1. warganegara Malaysia
  2. umur mestilah 18 tahun keatas/ cukup umur
  3. STPM/ diploma/
  4. Tinggi lelaki : 1.57, Perempuan: 153
  5. Berat badan lelaki: 48 kg, dan perempuan 46kg (sekurang-kurangnya)
  6. Ukuran dada perempuan: 79sm 84sm untuk lelaki (semasa tarik nafas)

Untuk maklumat lebih lanjut, anda bolehlah melayari laman utama portal JLKN. Selamat mencuba sabahat sekalian.

Kem Plkn Karisma Kumpulan 2 Siri 10 2013

Latihan Bola jaring

Diberikan kepercayaan oleh ketua Jurulatih Maltiskill untuk bersama-sama 3 orang jurulatih (JL) lagi untuk mengetuai pemilihan kumpulan bola jaring yang akan memasuki perlawanan sukan peringkat Zon D. JL terlibat adalah saya, Cikgu Jiha, Cikgu Shaa, dan Cikgu Siti. Pada fasa 1, pelatih dipilih dan kemudian sesi latihan bermula. Latihan dijalankan setiap hari pada sesi pagi dan petang bagi mereka yang terpilih.

Fasa Pemilihan Pemain Bola Jaring

Selepas sesi latihan.. Bermula la pula sesi perlawanan antara kem yang berlangsung di Kolej Teknik Juasseh. Kem Karisma berlawan dan akhirnya ke peringkat separuh akhir dan peringkat akhir melawan Kem Plkn Ayer Keroh, Melaka yang ditonton juga oleh kem komandan karisma dan ketua pengarah zon D dan juga selaku kem komandan Kem Plkn Ayer Keroh Melaka. Pertandingan ini akhirnya dijuari oleh Kem Plkn Karisma dan sebagai hadiah daripada Komandan yang telah dijanjikan... Kami dapat treat Pizza di Bahau. Alhamdulillah...
Cahaya Kemenangan :)




Karisma Vs Ayer Keroh
 Wirajaya

This is the first time join wirajaya as JL. Pagi-pagi lagi pelatih dan jurulatih dah bersiap-siap di padang kawad selepas makan pagi. Disini, pelatih diberi sedikit taklimat dalam menjalankan aktiviti wirajaya ini. Selepas taklimat dan lapor kekuatan pelatih kepada komandan. komandan memberikan kata-kata hikmat dan kemudiannya pelatih dilepaskan untuk aktiviti. Pelatih diiringi oleh oc kompeni masing-masing dibawa bersama-sama mengikuti trail jungle tracking ke kawasan tapak khemah dan sepanjang perjalanan, mereka dikehendaki untuk mencari kayu dengan ukuran yang telah ditentukan oleh Oc Kompeni.
sambil-sambil cari kayu.. sempat lagi :)
 Bila dah sampai kawasan tapak khemah, pelatih-pelatih dikehendaki untuk mengemas tapak khemah bagi menjamin semuanya berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan. Pelatih memasang khemah, pasang paremeter dan kawasan paremeter ini mestilah sama sekali dibersihkan untuk "stand down" pada waktu-waktu tertentu.



Ah Tong A1

Rasyiqah  n Siti Syafiqah
Peletih-pelatih ni baru selesai pasang khemah dan sedang berehat sementara menunggu pelatih-pelatih yang lainnya menyiapkan khemah masing-masing. Teringatlah pulak.. zaman-zaman jadi pelatih dulu, kene dirikan khemah sendiri semua.


Opps... Sempat jugak :)

Salbiah 2 Balak Alpha

Okey, inilah saje untuk entry saya kali ni.. hihi.. tunggu entry yang seterusnya ea. Seronok dok mengajar kat kem ni.. so kepada sesiapa yang nak join jadi JL plkn.. saya akan beritahu prosedur yang anda perlu buat di lain masa.. jadi nantikannya :)

Monday, June 24, 2013

Permulaan Cerita


Assalamualaikum w.b.t,

Dah dianggarkan 2 bulan juga yang saya tak online. Dapat tawaran bekerja dibawah Jabatan Pertahanan Awam di Kem Plkn Karisma, Kuala Pilah, Negeri Sembilan adalah satu proses peningkatan kerjaya dan untuk mengaut pengalaman beharga. Pengalaman? Ya, Bila kita bercerita tentang pengalaman.. Pengalaman ni ada yang positif dan ada juga yang negatif tetapi kedua-duanya membantu menjadikan kita untuk menjadi insan yang lebih baik dan ilmu itu juga yang kita akan kongsikan bersama yang lain dalam pembangunan organisasi yang lebih baik dan sempurna.

Banyak aktiviti yang saya sertai sepanjang penglibatan di sana.. Nantikan entry seterusnya untuk aktiviti-aktiviti yang saya sertai.. :)

Saturday, May 18, 2013



Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. hai kawan2.. Sekarang saya ad rezeki untuk bekerja sebagai JL atau juga dikenali sebagai Juru Latih di kem PLKN Karisma. Dulu jadi pelatih, sekarang jadi jurulatih lak. :) Pengalaman baru kat sini dalam bidang latihan adalah sangat menarik untuk penghidupan yang ceria.. hihi..

Kehidupan dan cara yang digunakan untuk menjalaninya juga agak berbeza.. Persekitaran, cara dalam menjalankan penugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada JL-JL.

Saturday, March 30, 2013

My First "I City " :)


Ni la first time pg jenjalan kat shah alam selepas menamatkan pelajaran kat cn. Awal March 2013 ni dah 3 tahun dan selama tiga tahun tu jugaklah xpegi memanapun.. even wet world kat sek. 2 tu.. Tp Alhamdulillah.. dapat pg kuor lewat malam ngan my lovely family. Cuma berempatje yang pg cn.. my mum, my dad n my sis n me :)... Best sangat pg sana. Tp saya x g men sume pun.. just pg nek benda yang saya suke malam tu.. lagipun dah agak penat gak travel dari segamat > gemas >  gombak > and then shah alam > n then nak p segamat blek... kan3..


Ha.. yang ni la yang saya naik... Agak-agaknye ape ea.. ? :) Hmm.. saya pun dah xbape nak pasti pe nama yang ni.. tp something wheel kot ek.. hihi...ha.. namanye " Giant Ferris Wheel" n tingginya about 100m tall this one.. 10 ringgit per person. Hmm.. banyak lagi aktiviti menarik yang kengkawan leh sertai kat cn.. ohh.. lagi satu.. teknik bayaran kat cn menggunakan kad yang perlu didapatkan kat kaunter dibahagian sebelah "Giant ferris wheel " ni.. kene beratur kat situ untuk dapatkan kad. Macam kad bank camtu.. awak-awak sume kene bayar untuk dapatkan kad tu.. ok... if nak nek ferris wheel tu.. kenelah ada rm dalam kad tu yang mencukupi.. so.. if xcukup.. kawan-kawan kenelah pg topup kad tu, tp kene ingat ia... jika ada sebarang baki semasa pemulangan kad tersebut.. duit baki tidak akan dipulangkan n awak cuma dapat deposit kad rm 5 sahaja. yang tu kene ingat tau... if x.. rugi sangat-sangat... :)


N salah satu keunikannya kat cn adalah pokok-pokoknye tu... n bersesuaian la dengan namanya "I City".. cahaya-cahaya gitu... sumenya bercahaya kat cn.. cantik sungguh.. Alhamdulillah... bersyukurnya dapat pg tempat camni dengan family saya.

Insyaa Allah... akan saya pegi kesini suatu hari nanti.. n just for this I City things only... wahhh... :) Mai lagi kat cn ngan family. Jika ada rezeki lebih nanti kan :)...  Amin..

Yes!! Hehe.. P/s kepada kawan-kawan yang nak butiran tentang tempat yang dinamakan "i- city" ni.. leh la go to this link k http://www.malaysia-traveller.com/i-City.html for more info about that certain place that u might wanna go later on kan :)



Balik KG GG



Ngantuk ea auni? :)
Apelah mokde... dah tidokan auni tp ucik-ucik auni mau tido.. kan3.. B-) .. Xpe.. Auni kan cool.. Cayang dia sangat2. Sangat mokcik lebih2 ea.. sayang Nurqurratul'auni :) Muahhhh...

Our Auni dah blek kampong GG dah.. Dah lama dah tak jumpe auni. Dah makin membesar dah puteri sulong along kita ni. Dah banyak perkembangan yang dia tunjukkan.. dah mule nak belajar duduk-duduk, cuba angkat badan dia untuk duduk-duduk. Mesti makcik n pakcik dia yang len rindu sangat-sangat kat dia ni. Maklumlah... anak sedara pertama dalam famili nukleus ni kan.. Tak sempat dia nak baring kejap, dah ada yang len tolong angkat dan men manje-manje ngan dia. :)

Dah 3 bulan dah masuk bulan ni .. B.O pun dah menarik dah.. kikiki.. Bekas mandi dah makin kecil or auni dah membesar? hihi :)



Sunday, March 24, 2013

Inti Kelapa

Bahan-bahan
  • 1 biji kelapa parut
  • 1/2 cawan gula merah/melaka (manis ikut suka)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 helai daun pandan(simpulkan)
  • sedikit air utk masak gula melaka bersama gula pasir- tapiskan


Cara-cara

  1. Masak air gula bersama daun pandan
  2. Masukkan kelapa parut dan gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah
  3. Kacau secara berkala selama 10-15 minit dan inti tersebut akan menjadi keperang-perangan.
  4. Letakkan kedalam bekas dan buangkan daun pandan tadi.
  5. Siap digunakan sebagai inti.

** Daun pandan digunakan sebagai agen untuk menaikkan bau harum dan wangi.

Lompat Tikam

Well.. kuih yang ni lebih kurangje caranya proses nak buat sum-sum berkuah. Macam mana nak buat? ... Susah? Xpe.. jangan risau, saya akan bantu setakat yang saya mampu. Anda cuma perlu ~

Bahan-bahan

Lapisan bahagian hijau
  • 2 cawan tepung beras 
  • 1/2 sudu kecil garam/secukup rasa
  • 4 cawan air perahan pandan
  • 1 sudu kecil kapur makan (jika mahu, tp saya tak pakai)
Lapisan bahagian putih
  • 2 cawan tepung beras
  • 3 cawan perahan santan (letak lebih jika mahukan lebih rasa lemak)
  • 1 sudu kecil garam/ secukup rasa
Air gula
  • 1 buku gula melaka
  • Air secukupnya

Cara Penyediaannya

Air gula

Gula melaka yang dicampur dengan sesenduk gula pasir (larutkan diatas dapur bersama air). Kemudian, tunggu air gula sejuk dan tapiskan untuk mengasingkan bendasing daripada air gula.

Lapisan Hijau

  1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak ada ketulan tepung.
  2. Tapis campuran dan masukkan campuran kedalam periuk dan masak.
  3. Dikacau secara kerap diatas api sedarhana sehingga campuran menjadi likat dan berkilat.
  4. Kemudian, ianya diletakkan di dalam bekas yang bersesuaian (loyang dll) dan sejukkan.

Lapisan Putih

  1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak ada ketulan tepung.
  2. Tapis campuran dan masukkan campuran kedalam periuk dan masak.
  3. Dikacau secara kerap diatas api sedarhana sehingga campuran menjadi likat dan berkilat.
  4. Kemudian, ianya diletakkan diatas bahagian lapisan hijau tadi dan sejukkan.
  5. Air gula dituang keatas sum-sum ni.
** Masakan ini sedap dimakan ketika sejuk. Jadi, kawan-kawan boleh simpan sum-sum didalam peti sejuk sebelum makan.

Selamat mencuba !!! :)

Bahasa Isyarat Tangan

Alat bantu mengajar ni saya amek via online je and dun have d proper quote tp ianya sangat bagus untuk dipelajari untuk kita. Enjoy viewing and learning new things k.  :)

Video


Simbol Abjad




Simbol Nombor




Sum sum instant angah

Nama sum sum ni sum sum instant angah.. sebab angah saya suka sangat masak sum sum dia dengan cara ni. Sedap juga rasanya.. Nak cuba? Meh la tengok resepi ni ea.. :)

Bahan-bahan
  • Garam secukup rasa
  • Tepung beras setengah paket
  • Air secukupnya
  • Susu pekat atau gula (secukupnya) .. tp saya suka guna susu

Cara penyediaannya

  1. Semua bahan dicampurkan kedalam satu periuk (rasa manis buburnya tu mengikut kesesuaian). Bagi yang nak manis lagi, tambah lagi susunya ea.
  2. Nyalakan api dapur pada suhu sederhana besar sehingga sum sum masak.
  3. Sedia untuk dihidang.

** Bila nak makan nanti, barulah kawan-kawan campurkan air gula dan sum-sum tadi. Selamat mencuba :)

** Masak masakan ni memang lama sikit, macam masak nasi jugak.. sbb kita menggunakan tepung yang berasaskan beras. :)

** Kene selalu mengacau sebatian. Jika tidak, mungkin sebatian akan berkerak dibahagian dasar periuk dan ini akan menyukarka proses masak. Mungkin juga boleh hangus nanti jika tidak jaga betul-betul. :)

Selamat mencuba!!! B-)

Sum sum

Bahan-bahan

Bahan A
  • 1 biji santan
  • Garam
  • Tepung beras
  • Air
Bahan B (Kuah)
  • Gula melaka 2 ketul
  • Air secukupnya
  • Daun pandan ( 3 helai)

Cara penyediaannya

  1. Semua bahan A dicampurkan kedalam satu periuk.
  2. Nyalakan api dapur pada suhu sederhana besar sehingga masak.
  3. Bahan untuk kuah pula: Gula, air dan daun pandan dicampurkan dalam periuk. Didihkan dan tapis.
  4. Sedia untuk dihidang.

** Bila nak makan nanti, barulah kawan-kawan campurkan air gula dan sum-sum tadi. Selamat mencuba :)

Rosak dahhh ...

Bateri mac dah osak... aritu check price about rm 600 gak nak ganti baru. So, now.. I need to find the closes store to make it done in no time.

Hilangkan bau hanyir ikan sungai


Baiklah... buat masa ni saya ingin kongsikan tips kepada anda-anda yang ingin makan ikan sungai tapi tidak tahan dengan bau hanyir yang dikeluarkan oleh ikan tu. Jangan rasa tidak senang hati sebab saya akan kongsikan cara mudah untuk anda. Ok.. sedia!!! :)

Cara Pertama
Rendamkan ikan bersama air asam jawa selama 1-2 minit dan bilas.

Cara kedua
Rendam ikan bersama daun serai dan asam jawa yang diramas bersama ikan. Biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilaskan.

Cara ketiga
Rendamkan ikan bersama air cucian beras selama beberapa minit dan kemudiannya dibilas bersih.


** Ingat tau kawan-kawan, ikan tersebut sebaik-baiknya disiang dan dibuangkan darahnya terlebih dahulu.

Jus pegaga gajah


Kalau kawan-kawan ingin tahu, pegaga gajah ni tidaklah sepahit pegaga yang biasa kita jumpa tu. Pegaga gajah ni sebesar namanya juga, besar-besar yang ada saya tanam dekat rumah. Kawan-kawan mesti dah tahu kebaikan pegaga untuk awet muda kan? Ianya mengandungi kandungan yang melambatkan proses penuaan, mengurangkan berat badan, dan menyegarkan selain dapat dibuat kerabu dan sebagai ulam-ulaman mentah. Macam mana nak buat jus pegaga? Hehe.. Meh saya bantu..

Bahan-bahan :-

  1. Daun pegaga yang telah dibersihkan (100gram)
  2. Gula perang (2-3 camca gula mengikut selera)
  3. Air mineral (anggaran 400-500 ml)
  4. Ais

Cara penyediaan :-

  1. Didihkan dan larutkan campuran gula perang dan air.
  2. Kemudian, sejukkan campuran dan tapis untuk mengasingkan bendasing jika ada.
  3. Kisar campuran air dan daun pegaga tersebut. Kemudian jusnya ditapis.
  4. Jus itu kemudiannya dimasukkan kedalam mesin pengisar  bersama ais, dan ianya dikisar sehingga ais hancur.
  5. Siap dihidang.
** Pegaga biasa juga boleh digunakan. Jika kawan-kawan berminat, boleh juga letakkan sedikit madu mengikut selera anda.

Masker telur


Sangat mudah untuk diamalkan. Ianya dapat menegangkan kulit muka disamping tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang mungkin boleh membahayakan penggunanya. Apa yang kawan-kawan boleh buat untuk menggunakan masker ini adalah dengan mengikuti beberapa langkah mudah dan jangan lupa bahan utama kita iaitu putih telur. :)

Langkah :-

  1. Pecahkan telur dan asingkan putih telur dan kuning telur di dalam bekas berasingan.
  2. Sapukan pada muka.
  3. Biarkan ianya kering.
  4. Cuci muka dengan menggunakan air suam sehingga bersih.

** Amalkan secara kerap ea.. 3 kali seminggu dan semoga usaha anda berjaya. Nurul pun guna gak cara ni.. :)


Saturday, March 23, 2013

Reformat external



Well, normally people said that.. the external that they buy can't be used when connected to the apple laptop and for instant .. macbook pro. So do I, i'm facing that kind of problem in years back like the items from mac to the device transfer failed and cannot copy items and paste in the external device. So, this is not really a big problem for the mac user, it's only the different formats that function in both external and your mac. So, what can we do? This is something that you don't have to worry. By using this simple step, I will try my best to guide you. Ready! Ok! Let's go..!! :)
  1. Insert the external.
  2. Click application - utilities - Disk utility 
  3. And this applications box will appear...
  4.                                                                                                   
  5. Next, you need to click your external device.
  6. Click erase button on the right of the application menu.
  7. Then, choose the format to mac os extended.
  8. After that, click erase button at the bottom right and wait for the process.
  9. When the formats session is complete, we'll need to create partition for your device. The utility page will shown like below:
  10. Next, change the volume scheme base on your need.
  11. Change your device name.
  12. Click apply button on the bottom right and wait until the partition stage is complete.
  13. Ready to used.

** Well, now you can freely transfer your document into your external.

Ikan Kukus/steam


Bahan-bahan:
  1. Seekor ikan bawal
  2. 3 inci halia (ikut selera)
  3. Setangkai daun ketumbar
  4. 3 tangkai cendawan
  5. Sebatang daun bawang
  6. Garam
  7. Minyak untuk menggoreng
  8. Kicap cair
  9. Lada sulah


Cara masakan:

  •  Cendawan direndam dalam air.
  •  Ikan dibersihkan dan dilumurkan sedikit dengan garam halus.
  •  Mayang (hiris) ikan bawal bagi mesra rasanya.
  •  Petik ketumbar dan potong daun bawang untuk hiasan.
  •  Ikan diletakkan kedalam pinggan enamel dan cendawan dan halia diletakkan diatasnya.
  • Tuangkan secamca besar air dan secamca besar minyak bersama sedikit kicap cair dan sedikit lada sulah keatasnya.
  • Ikan direbus selama 10 minit.
  • Apabila sudah masak, mata ikan itu akan terjojol dan isinya akan mudah lekang daripada tulangnya.
  •  Hidangkan ikan dengan dihiaskan dengan daun bawabg dan daun ketumbar.

Bepang Kacang


Bahan-bahan

200 gram kacang tanah
50 gram bijan
145 gram gula

Cara-caranya:-
  1. Kacang dan bijan disangai tanpa minyak secara berasingan. Sejukkan.
  2. Buang kulit kacang tanah.
  3. Sapukan sedikit minyak pada loyang empat segi besar.
  4. Tabur rata bijan dan kacang tanah dalam loyang tadi.
  5. Masak gula hingga hangus.
  6. Tuang gula hangus hingga menutupi kacang dan bijan.
  7. Potong bepang bentuk empat segi atau panjang semasa masih panas.
  8. Sejukkan dulu sebelum disimpan.


Telur Scramble


Bahan-bahan
  1. Telur - 4 biji
  2. Bawang merah (hiris) - 1 biji
  3. Bawang putih (tumbuk lumat) - 1 ulas
  4. Cili merah sederhana besar (tumbuk lumat) - 2/3 biji
  5. Garam - secukup rasa
  6. Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaannya
  1. Bawang merah, cili merah, bawang putih, dan garam ditumbuk menggunakan lesung batu.
  2. Panaskan kuali bersama minyak secukupnya.
  3. Setelah kuali panas, masukkan bahan yang ditumbuk tadi kedalam kuali sehingga naik bau.
  4. Masukkan telur kedalam kuali dan kacau menggunakan sudip sehingga masak.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

** Boleh dibuat sebagai inti roti dan juga boleh makan terus makan dengan nasi atau bubur. :)
Selamat mencuba kawan :)

Inti Kacang Merah

Bahan-bahan ~

  1. Kacang merah : 1kg
  2. Garam (secukup rasa)
  3. Gula (Secukup rasa)
  4. Air secukupnya
Cara penyediaan ~
  1. Basuh kacang merah tadi.
  2. Masukkan kacang merah yang telah dibasuh bersih kedalam periuk.
  3. Letakkan periuk tadi keatas dapur dengan bukaan api sedarhana besar.
  4. Masukkan air, dan biarkan air melebihi paras kacang sebanyak anggaran 1 jari telunjuk kengkawan ea.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Kemudian, masukkan gula pula. Bahagian gula ni pula, kawan-kawan perlulah masukkan gula tu secukupnya ikut keselesaan. Dinasihatkan untuk letak sikit dan kacau adunan. dan rasa sikit. Jika kurang manis, tambahkan gula. Kemudian kacau dan rasa semula. Jika dah cukup manis, tidak perlulah untuk menambah gula.
  7. Untuk prosedur seterusnya, jaga kacang tadi sehingga masak.
  8. Apabila sudah masak, tutup api dapur.
  9. Tunggu sehingga kacang tadi tu sejuk  atau suam-suam camtu.
  10. Masukkan sedikit kacang yang telah dimasak kedalam pengisar dan kisar sehingga hancur.
  11. Ulang langkah 10 sehingga semua kacang yang telah dimasak tu.
  12. Simpan pes dalam bekas dan letakkan dalam peti sejuk untuk dibuat bahan sapuan/inti. 
** Semasa mengisar, jika kacang terlalu kering dan sukar untuk dikisar. Campurkan sedikit air untuk memudahkan proses pengisaran. Ingat, air tu mestilah air yang telah dimasak atau air mineral.

** Tips: Jika mahu tahu kacang ni sudah masak. Kacang akan pecah atau terbuka sedikit dan ianya lembut. Jika kacang belum masak tetapi air dah tinggal sikit, campurkan air kedalam periuk untuk membantu proses masakan.

* Mungkin ada diantara sahabat yang tak mahu lakukan proses  pengisaran.. Ini adalah pilihan anda dan ianya terpulang mengikut selera. :)

Jangan lupa cuba ea!! :)

Friday, March 22, 2013

Telur Dadar Smash!!

Bahan-bahan:

3 biji telur
4 batang kacang panjang ( dihiris halus)
3 biji cili (ditumbuk)
1 biji bawang (dihiris)
Garam secukup rasa
Ikan bilis ( Ditumbuk)
Minyak masak (digalakkan menggunakan minyak zaiton)


Cara penyediaan:-

  1. Cili, bawang, garam dan ikan bilis dimasukkan kedalam lesung batu dan ditumbuk. (Lumat atau tidak itu terpulang kepada selera kawan-kawan ea)
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi bersama kacang panjang yang dihiris sehingga naik bau wangi dan angkat bahan yang ditumis tadi.
  3. Bahan yang ditumis, kemudian dimasukkan kedalam telur dan kacau.
  4. Masukkan sedikit minyak kedalam kuali dan tunggu kuali panas.
  5. Kemudian, masukkan bancuhan telur tadi kedalam kuali dengan menggunakan api kecil sederhana.
  6. Kemudian, apabila telur tu akan dipalingkan untuk memastikan kedua-dua bahagian masak.

** Kawan-kawan boleh juga masukkan keju jika mahu.. boleh juga taburkan keju parmesan selepas telur dadar diangkat. Ianya terpulang untuk kawan-kawan yang suka makan keju macam Nurul. n.. elakkan pengunaan minyak n garam yang banyak ea.. bukan apa.. untuk kesihatan kita kan.. :)

P/s: Selamat mencuba ea.. B-)


Roti telur



Bahan-bahannya
  1. Roti (terpulang nak buat banyak mana)
  2. Telur ~ 4-5 biji
  3. Garam ~ Secukup rasa 
  4. Lada hitam (terpulang)
  5. Minyak masak (minyak zaiton pun boleh)

Cara membuatnya
  1. Mula-mula telur dipecahkan dan dicampurkan dengan garam bersama-sama lada sulah (ubuh susu cair sikit pun boleh).
  2. Setelah itu,panaskan minyak ataupun majerin didalam kuali.
  3. Apabila sudah agak panas minyaknya.
  4.  Gaulkan atau salutkan roti pertama dan campurkan dengan campuran telur tadi.
  5. Setelah itu, masukkan roti yang telah disalut itu kedalam kuali dan paling-palingkan sehingga masak dan warnya bertukar keperang-perangan.
  6. Angkat roti dan letakkan diatas pinggan yang ada "paper towel" untuk serap lebihan minyak (baik untuk kesihatan juga)
  7. Sedia untuk dimakan.
  8. Roti telur ni sangat enak dimakan sewaktu panas. 
  9. Ingat! Elakkan mengunakan minyak yang banyak kerana ianya tidak sihat dan roti akan menyerap minyak secara berlebihan. Lebih baik untuk menggunakan minyak zaiton.

Kole Kacang Untuk Abah





Cubaan Pertama




Ini adalah masakan kole kacang kesukaan abah saya n pada umur 21 tahun barulah saya tahu nak buat macam mana. Resepi ni saya dapat kat internet dan agak manis.. Jadi saya rendahkan kadar gulanya sedikit.. n inipun manis jugak.. Jadi bagi sesiapa yang nak kurangkan lagi kadar kemanisannya tu, kurangkan kadar penggunaan gula dalam masakan ini mengikut kesesuaian dan selamat mencuba.



Ibu kelapa:
:: 500 ml santan pekat di masak atas api sehingga keluar minyak (ketul2)

Bahan A:
150 g gula melaka (145 g )
50 g gula pasir (45g bagi yang nak kurangkan kadar gula, tp ikut kesesuaian anda juga)
200 ml air


Bahan B:
200 g tepung kacang hijau
500 ml santan pekat
400 ml air
¼ sudu the garam (secukup rasa)


Cara-caranya:

1. Cairkan Bahan A kemudian sejukkan sebentar. (Cairkan bahan A atas api. Selepas sebatian larut, angkat dan tapis sebatian bahan A untuk menapis sebarang bendasing).
2. satukan bahan B dan kacau hingga sebati.
3. Sesudah itu masukkan bahan A kedalam bahan B yang telah ditapis.
4. Masak bahan A dan B yang telah dicampurkan ke atas api yang sedarhana. (kacau selalu agar tepung tidak berketul)
5. Masak s ehingga likat. Apabila sudah masak, letak diatas Loyang yang telah disapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tahi minyak diatas kuih ini.
6. Bila sebatian sudah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk jika kuih masih cair sedikit (untuk firmkan kuih)
7. Sedia untuk dihidang.

Saturday, February 16, 2013

eppynyer tite


Ya kawan-kawan...

Nama saya Nur Qurratul'Auni n sekarang saya dah kembali ke rumah papa n mama saya setelah mama berpantang di umah nenek saya :). Tengokla saya, saya gembira sangat-sangat ni... Lagi-lagi if T Zakiah yang men-men ngan saya, mandikan saya.. :) .. sayang Mokde la camni .. hehehhee

Panjang cerita nama saya ni. NurQurratul'auni.. Pada awalnya, makcik-makcik, mama n papa bincang-bincang nak ubuh nama pe kat kita ni.. Banyak sungguh nama yang diberi tapi yang melekat ni lah dia Nurqurratul'auni. Masa papa pg pejabat pendaftaran tersalah ubuh nama.. ni gara-gara T Zakiah.. haha.. Leh ke dia typing error text kat papa kita.. dari Nurqurratul'auni jadi Nurqurratul'auini..

Ekoran daripada kes tu, pama kene pg wat surat akuan sumpah. Then, baru pg pejabat pendaftaran.. Penukaran nama bayi boleh dilakukan dalam tempoh masa sebulan daripada pendaftaran nama yang pertama. :) Alhamdulillah.. naseb bek..

Cian T Zakiah.. dia rasa serba salah sangat kat sume, sbb dah kene wat banyak kije dah untuk tukar nama saya blek yang "typing error tu". hehehe...

Sunday, January 20, 2013

Lantikan GSTT/KGSK tertakluk kepada syarat-syarat seperti:

Sumber diperolehi daripada surat tawaran asal dan saya mengharapkan kita sama-sama mendapat maklumat ini sebagai panduan bagi mereka yang mahu menjadi KGSK/GSTT sementara dapat kerja tetap. Butirannya adalah seperti berikut:


TARAF JAWATAN:
Taraf jawatan adalah sambilan dari sehari ke sehari dengan dibayar upah sebanyak kadar harian pada hari-hari bekerja sahaja.

ELAUN:
Kadar elaun ditawarkan sebanyak RM100 sehari, akan dibayar setiap hari yang bekerja dan tidak dibayar upah bagi cuti kelepasan am dan hari yang tidak hadir bertugas.

Kadar elaun adalah tertakluk kepada tahap pendidikan individu sama ada SPM, DIPLOMA, IJAZAH. Dalam kes ini Ijazah menerima pembayaran sebanyak RM 100 Sehari.

ELAUN LEBIH MASA:
Tuan adalah tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa.

RAHSIA RASMI:
Tuan hendaklah mematuhi dan menandatangani perakuan berkenaan Akta Rahsia Rasmi 1972.

TEMPOH PERKHIDMATAN:
Tempoh perkhidmatan adalah dari sehari ke sehari sehingga tuan diberhentikan apabila tidak diperlukan lagi dan kerajaan tidak terikat untuk melantik tuan ke jawatan sementara atau tetap.

PENAMATAN PERKHIDMATAN:
Perkhidmatan tuan dari jawatan boleh diberhentikan bila-bila masa dengan diberi notis satu hari secara bertulis manakala tuan juga boleh meletakkan jawatan dengan memberi notis tidak kurang tiga (3) hari secara bertulis.

WAKTU BEKERJA:
Mengikut waktu bekerja bukan pejabat seperti yang ditetapkan dalam Perintah Am Bab "G" dan sekiranya keadaan memerlukan tuan boleh diarahkan untuk bekerja lebih masa pada masa-masa yang ditetapkan.

PERATURAN/KERJA PEJABAT:
Tuan dikehendaki mematuhi segala perauran dan arahan yang berjalan sekarang dan juga peraturan-peraturan serta arahan-arahan lain yang mungkin dibuat dari semasa ke semasa.

CARUMAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA:
Tuan adalah diwajibkan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

SYARAT-SYARAT LAIN:
(a) Tuan adalah bukan pegawai awam;
(b) Tuan hendaklah berkhidmat dengan kementerian/jabatan yang ditetapkan.
(c) Tuan tidak layak menuntut apa-apa elaun dan kemudahan selain yang dinyatakan;
(d) Tuan adalah anggota sambilan yang bukan satu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap.