Tuesday, June 25, 2013

Permohonan menjadi jurulatih

Baiklah.. ramai yang dah tanya saya bagaimana caranya nak mohon jadi jurulatih kem PLKN sebab mereka tak tahupun bagaimana nak mohon. Jadi, seperti yang saya janjikan.. saya akan beritahu prosedur atau cara bagaimana untuk memohonnye. Tetapi untuk mereka yang ingin memohon ini, anda perlu tahu yang jawatan jurulatih ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Jurulatih maltiskill s27 dan Jurulatih Fizikal S17. Cara-caranya adalah seperti:

  1. Masuk ke laman web JLKN di http://www.khidmatnegara.gov.my/.
  2. Kemudian, klik pada kerjaya.
  3. Isi borang
  4. Klik butang hantar
Dan... kita tunggu keputusannya.. tapi biasanya cepat dapat.. :)

Syarat-syarat lantikan pula adalah seperti yang berikut:
  1. warganegara Malaysia
  2. umur mestilah 18 tahun keatas/ cukup umur
  3. STPM/ diploma/
  4. Tinggi lelaki : 1.57, Perempuan: 153
  5. Berat badan lelaki: 48 kg, dan perempuan 46kg (sekurang-kurangnya)
  6. Ukuran dada perempuan: 79sm 84sm untuk lelaki (semasa tarik nafas)

Untuk maklumat lebih lanjut, anda bolehlah melayari laman utama portal JLKN. Selamat mencuba sabahat sekalian.

No comments:

Post a Comment