Wednesday, March 30, 2016

Resepi Maja Blanca

Maja blanca pertama :)
Bahan-bahan :-
  1. Susu cair
  2. Jagung dalam tin - 1 tin
  3. Santan - 2 kotak kecil
  4. Susu cair - 1 tin
  5. Susu pekat - Setengah tin
  6. Gula -sesedap rasa
  7. Tepung jagung - 4 sudu besar
  8. Air - secukupnya
  9. Cheese - parmesan (optional ..yg korang suke)
Cara-caranya :-
  1.  Masukkan susu cair + jagung + santan+ susu cair
  2. Susu pekat + gula + tepong jagung
  3. Kacau hingga likat sbb jangan sampai hangus..
  4.  Bila dah masak.. letakkan dalam loyang
  5. Taburkan cheese kat atas maja blanca tu (nnt bio cheese cair)
  6. Sejukkan dalam peti sejuk sekejap.. sbb sedap makan sejuk-sejuk

Sunday, March 6, 2016

Sajak buat emak dan abah

Emak...
Abah...

Tak terkisah titisan keringat,
tak tergambar beban tergantung dalam terpapar,
Panas bahang belang panas ditubmu juga tak terbalas,
Disisihkan kepentingan kehidupan,

Kau berikan yang terpenting kepada anakmu
Tiba kala aku mendengari "lama dah mak tak makan peha ayam"
Betapa kau dahulukan yang lain,
Biarlah baju lusuh membaluti tubuh,
Asal kehidupan yang lainsempurna

Aku ini anak mu bah,
Aku ini anakmu mak,
Jika kini kau nyatakan keluh kesahmu,
Tak terbawa dek seluruh pancainderaku,
Tak tertanggung dek batu jembalaku

Sayang emak,
sayang abah,

Saban hari,
Menanti mentari,
Belum lagi mentari tiba,
Kau mempersiapkan diri dengan sambal, dengan nasi lemak,
mencari daun-daun pisang,
Semuanya untuk sesuap nasi

Ingatlah...
Ingatlah ini emak,
Ingatlah ini abah,
Takkan pernah aku dapat membalas jasa,
Walau jasamu itu, kau gambarkan hanyalah sekelumit zarah,
Hanya menempel di pesisir masa,
Istana syurga balasan buatmu disana


By: Me

Wednesday, March 2, 2016

Asal Usul Nama Tempat di Negeri Johor

Ditulis pada 15/05/2013 14:06:15
Sumber : http://www.johor.gov.my

Wujudnya nama sesuatu tempat bergantung kepada beberapa sebab. Adan
yang berpunca daripada kepercayaan atau cerita-cerita lisan (Kampung
Batu Badak). Ada yang berasal daripada alam semulajadi seperti keadaan
sekitar (Kukup), haiwan (Rengit) atau tumbuh-tumbuhan (Gunung Pulai) dan
ada mengambil sempena nama tokoh-tokoh tempatan (Tenang). Sesetengah
nama tempat pula lahir daripada peristiwa yang berlaku di tempat itu
(Gelang Patah). Suatu hal yang menarik ialah perubahan yang berlaku
kepada sebutan nama sesuatu tempat itu. Ada kalanya ia merupakan
singkatan kata, pengubahan bunyi atau kepilatan sebutan.


Batu Pahat

Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat
bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai
Batu, Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam
(Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad
ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih
terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau
Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar
Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada ‘pangkal
jeram’, kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari
bukit belakang bandar tersebut.



Muar

Muar lahir daripada perkataan ‘muara’ iaitu kuala sungai. Ini
disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara
Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya
yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Pelarian
Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari Singapura setelah dialahkan
Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian pula
apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, raja dan para
pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.



Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan
‘muak’ (jemu dan ‘mu-aru’ (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai.



Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat
nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh
kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja,
permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas
nama permaisuri yang megiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar
itu, Maharani Fatimah.



Mersing

Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah
seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan
yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk.
Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di
kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama
Mersing.



Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa
seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang
bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa
Mersing memilih anak Penghulu bakal menantunya.



Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah.
Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah
tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami
anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing
dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu
lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing.



Segamat

Nama Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segera amat’ atau ‘segar
amat’. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya
ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Bendahara Tepok
yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai
ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan
pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman
Portugis. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok
pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, “Segar amat
rasa badan ini” kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai
pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki
dengan nama Segamat.



Pontian

Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’.
Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat
berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang
hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat
perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan
tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat
perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kecil
menjadi Bandar utama bagi daerah Pontian.



Kota Tinggi

Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan
tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis
serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan
Melayu yang telah dikalahkannya di Melaka pada tahun 1511.



Oleh Kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh
dari gelora Laut Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang
sejak zaman silam lagi. Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan
nama Palanda. Banyak tinggalan lama seperti manik dan permata dari zaman
Han (SM200 - TM20) dan zaman Empayar Rom pernah ditemui di Kota Tinggi.




Tangkak

Nama Tangkak timbul daripada ‘tang merangkak’. ‘tang’ berasal dari
perkataan tentang yakni tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka
kawasan Tangkak, Long Mahmud tujuh bersaudara terpaksa merangkak naik ke
tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur.
Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut dan jerlus kerana
paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rembia.



Kluang

Bandar Kluang mengambil nama Keluang Kampung. Keluang sejenis kelawar
besar pemakan buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti
rambutan, rambai dan lain-lain. Penduduk kampung tersebut berjaya
membunuh tupai yang datang ke dusun mereka, tetapi gagal menakutkan
keluang yang begitu banyak setiap petang datang ke situ. Keluang yang
banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit di belakang kampung mereka
(bukit yang dimaksudkan mungkin Gunung Lambak). Akhirnya seorang pawang
terpaksa mengadakan suatu upacara di bukit tersebut untuk memujuk
keluang-keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk kampung
tersebut.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Asal Usul Nama Tempat
Ditulis pada 15/05/2013 14:06:15
Sumber : http://www.johor.gov.my