Saturday, December 27, 2014

Rezeki Allah :)

Alhamdulillah... syukur Alhamdulillah .... Allah itu Maha Besar dan Maha Luas Kuasanya, setelah lama mencari, baru kini aku mendapat. Setelah beberapa lama mencari kerja oleh sebab awalnye adalah risau.. bila lagilah nak dapat kerja n tak nak menganggur. Dapatlah aku bekerja sebagai guru ganti di Sk. Seri Labis selama beberapa bulan. itu pon sebab ada cgu Bi disekolah tersebut cuti bersalin. Syukur Alhamdulillah.. dengan layanan dan siap dapat lagi umah sewa yang GB sana carikan dengan RM 50/ bulan yang mana sangat murah.

Selepas tamat bulan kedua disekolah tu, baliklah aku semula ke KG. tak sampai seminggu, aku dipanggil semula untuk berkhidmat di SK lain di Jementah. Serentak dengan itu, aku dipanggil untuk bekerja di Kem PLKN sbg JL. Alhamdulillah.. rezeki Allah kepada hambaNya tidak pernah putus-putus. Aku buat keputusan untuk berada di sana sbg JL.

***************



Wednesday, December 24, 2014

Penulis dan Matlamat? Kaitannya??


Semua orang boleh... Petik Jari jelah... (hahaha..) semua orang boleh menulis dan menghasilkan karya yang macam-macam sekarangni.. dah berlambak.

Wait!.. ianya xsemudah tu..
Ianya terkadang merupakan kemahiran sedia ada.. dan ada kalanya dipelajari untuk menjadikan sesebuah karya menjadi pilihan pembaca.

MENARIK? DIPUJI? DIKUTUK? dll...

tp kita kene tahu jugak, yang tak semua orang cita rasa.. pembacaan yang bagaimana yang diinginkan. So.. untuk yang ingin menulis, teruskan menulis.. Penuhilah apa yang diinginkan.. Macam "John Goddard", dia mencapai matlamatnya dengan penghasilan 100% komitmen dan hasilnya dia telah mencapai 109/127 matlamat yang dia impikan. So.. ini boleh jadi inspirasi saya, anda dan kita semua. Tak mustahil untuk kita jayakan.. Ingat .. bahawa "John Goddard" juga pernah berkata bahawa... " To dare is to do - To fear is to fail"

KKM nasihat orang awam elak tersentuh rumpai miang Mexico





Kemaskini BRIM

Assalamualaikum n salam sejahtera semuanya, wah.. sekarang ni  dekat LHDN semua saya tengok berpusu-pusu orang dok p nak update BRIM. Untuk makluman semua rakan blog.. terdapat banyak cara untuk update BRIM .. antaranya p update secara online / dalam talian dan boleh gak if nak update secara manual di LHDN.. Tapi saranan saya untuk semua.. mudah sahaja.. dengan menggunakan sistem dalam talian bagi yang ada kemudahan ini. caranya?? ohh.. mudah je...


2. Klik kemaskini permohonan

3. Masukkan no ic tanpa sengkang ( cth: 201252112356 )

4. Jawab soalan-soalan keselamatan yang dikeluarkan

5. Kemaskini maklumat mengikut keperluan

6. Klik Kemas kini


Setelah tamat semua prosedur dan telah selesailah proses kemaskini BRIM anda.