Sunday, January 20, 2013

Lantikan GSTT/KGSK tertakluk kepada syarat-syarat seperti:

Sumber diperolehi daripada surat tawaran asal dan saya mengharapkan kita sama-sama mendapat maklumat ini sebagai panduan bagi mereka yang mahu menjadi KGSK/GSTT sementara dapat kerja tetap. Butirannya adalah seperti berikut:


TARAF JAWATAN:
Taraf jawatan adalah sambilan dari sehari ke sehari dengan dibayar upah sebanyak kadar harian pada hari-hari bekerja sahaja.

ELAUN:
Kadar elaun ditawarkan sebanyak RM100 sehari, akan dibayar setiap hari yang bekerja dan tidak dibayar upah bagi cuti kelepasan am dan hari yang tidak hadir bertugas.

Kadar elaun adalah tertakluk kepada tahap pendidikan individu sama ada SPM, DIPLOMA, IJAZAH. Dalam kes ini Ijazah menerima pembayaran sebanyak RM 100 Sehari.

ELAUN LEBIH MASA:
Tuan adalah tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa.

RAHSIA RASMI:
Tuan hendaklah mematuhi dan menandatangani perakuan berkenaan Akta Rahsia Rasmi 1972.

TEMPOH PERKHIDMATAN:
Tempoh perkhidmatan adalah dari sehari ke sehari sehingga tuan diberhentikan apabila tidak diperlukan lagi dan kerajaan tidak terikat untuk melantik tuan ke jawatan sementara atau tetap.

PENAMATAN PERKHIDMATAN:
Perkhidmatan tuan dari jawatan boleh diberhentikan bila-bila masa dengan diberi notis satu hari secara bertulis manakala tuan juga boleh meletakkan jawatan dengan memberi notis tidak kurang tiga (3) hari secara bertulis.

WAKTU BEKERJA:
Mengikut waktu bekerja bukan pejabat seperti yang ditetapkan dalam Perintah Am Bab "G" dan sekiranya keadaan memerlukan tuan boleh diarahkan untuk bekerja lebih masa pada masa-masa yang ditetapkan.

PERATURAN/KERJA PEJABAT:
Tuan dikehendaki mematuhi segala perauran dan arahan yang berjalan sekarang dan juga peraturan-peraturan serta arahan-arahan lain yang mungkin dibuat dari semasa ke semasa.

CARUMAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA:
Tuan adalah diwajibkan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

SYARAT-SYARAT LAIN:
(a) Tuan adalah bukan pegawai awam;
(b) Tuan hendaklah berkhidmat dengan kementerian/jabatan yang ditetapkan.
(c) Tuan tidak layak menuntut apa-apa elaun dan kemudahan selain yang dinyatakan;
(d) Tuan adalah anggota sambilan yang bukan satu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap.



No comments:

Post a Comment