KUALA LUMPUR:
Orang awam dinasihatkan untuk mengelak daripada terdedah atau tersentuh 'rumpai
miang Mexico' atau 'partheniumhysterophorus' kerana boleh menyebabkan alahan,
terutamanya kepada kanak-kanak dan orang tua.
Ketua Pengarah
Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata rumpai miang
Mexico mempunyai bahan kimia pada debunga, bahagian akar, daun dan batang iaitu
parthenin, hymenin dan ambrosin yang dikenal pasti boleh memberi kesan ke atas
kesihatan manusia.
"Namun
tidak semua yang terdedah mengalami reaksi alahan atau alergi. Sesetengah orang
mengalami gejala (alahan) apabila pendedahan berterusan danberulang kali.
"Gejala
tindak balas alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal
pada kulit, mata bengkak, rinitis alergi serta gangguan kepada istem pernafasan
seperti selsema dan asma," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham
mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam, mengenai kejadian alahan pada
kulit dan gejala gangguan pada sistem pernafasan dalam kalangan pekerja ladang
kelapa sawit di Sidam, Kedah dipercayai berkaitan dengan rumpai miang Mexico.
Rumpai miang
Mexico adalah sejenis tumbuhan liar berasal dari beberapanegara di Amerika
Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Asia dan dikatakan berbahaya kerana boleh
memberi kesan teruk kepada ekosistem semula jadi, sektorpertanian dan ternakan
selain kesihatan manusia. Bagaimanapun, Dr Noor Hisham memberitahu setakat ini,
masih tiada peningkatan trend pesakit dengan gejala alahan kulit dan pernafasan
seperti asma dilaporkan daripada fasiliti kesihatan di negeri terbabit seperti
Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.
Dr Noor Hisham
juga menasihatkan mereka yang mengalami gejala alahan atau masalah pernafasan
akibat terdedah kepada rumpai itu untuk segera mendapatkan rawatan di klinik
kesihatan yang berhampiran.
Mereka juga
diminta memaklumkan kepada pengamal perubatan mengenai pendedahan terhadap
rumpai itu, kerana KKM akan meminta kementerian atau agensi berkaitan untuk
mengambil tindakan bagi mengawal atau memusnahkan tumbuhan itu.
- Sumber: Berita
Harian Online : http://www.bharian.com.my/node/22360
---------------------------------------------------------------------------------
Dan ini semua merisaukan .. banyakdah cerita pasal rumpai miang mexico ni tersebar.. dan yang paling merisaukan lagi adalah.. rupa bentuknya seakan ulam raja. jadi ini yang mendatangkan masalah dan kerisauan kepada kita. Kalaulah kita sukar untuk kenal pastinya.. itu akan menjadi satu masalah... :(
KUALA LUMPUR: Orang awam dinasihatkan untuk mengelak daripada terdedah atau tersentuh 'rumpai miang Mexico' atau 'partheniumhysterophorus' kerana boleh menyebabkan alahan, terutamanya kepada kanak-kanak dan orang tua.

No comments:
Post a Comment