Friday, July 3, 2015

Homestay Gemas

Masa cuti dlu, selalu pergi Gemas kat umah Mak sedara n kebetulan time tu ada anak angkat Maksom datang untuk program Homestay. Sangat seronok dapat join aktiviti diaorang, sangat menarik n unik. Program kat situ xpasti la pula harga dia tp berbaloi sampai budak universiti kite pon leh join skali.. so, boleh dikata sangat best. Untuk maklumat semua, penawaran tempat tinggal sepanjang program asalah bersama keluarga angkat, makan pon keluarga angkat masakkan. Transport pon akan diuruskan oleh mereka, dan senang kata semuanya depa uruskan dan semuanya dah termasuk dalam pakej yang kite amek tu.

Sangat berguna, boleh tambah ilmu dan merasai sendiri adat-adat yang diamalkan oleh penduduk setempat dahulu. Korang rasa senangke nak rasa sendiri if x dicari kat tempat yang ni? Nak tahu ke program ape yang ditawarkan? Hushhhh.. boleh kata banyak jugakla kan..Antaranya adat perkahwinan, makanan tradisi orang negeri, aktiviti utama penduduk tempatan kat situ, permainan tradisi ... macam main bola kat tempat tanam padi.. peh.. itu yang terbaik.. kiki.. LINTAH? jangan risau... InsyaaAllah xde... Tp mmg xde pon sbb kebanyakan tempat yang dijalankan aktiviti tu adalah kawasan tanaman padi bukit. Bila kering or lepas padi dituai.. mmg jadi padang bola kat situ.. sangat luas kawasan tu.

HomeStay (Combi) Gemas, Ulu Ladang Negeri Sembilan
Macam rumah maksom ni, mmg bagi saya selesa, ada 3 bilik, 1 bilik mandi yang selesa n kawasan laman yang penuh dengan buang dan tanaman sbb Maksom suke wat tanam-tanam bunga ni.. dari pokok bunga biasa sampailah ke pokok orkhid. Banyak pokok bunga kiteorang tanam kat umah tu bakanya datang drpd umah Maksom.. :) n btw..  nama sebenar pemilik Homestay yang kat atas ni ialah Puan Kalsom Jaafar dan juga suaminya En Ahmad.

Musim cuti sekolah dah nak dekat kan n mungkin ramai diantara kita semua ni nak cari tempat best untuk percutian kali ni. So, saya cadangkan, pergilah ke sana.


______________________________________________________________________________________

Sambung lg entri setelah beberapa tahun.. ngee...

Macam-macam program yang diaorang wat kat sini tau. Macam baru-baru ni,  2/10/2016 aritu.. ada lagi pengambilan anak angkat untuk Program Homestay di sana. Program ini melibatkan beberapa pihak termasuklah Jabatan Pelajaran daerah tersebut dan juga pelajar-pelajar. Antara tentatif program termasuklah mocking majlis persandingan orang minangkabau.

Mempelai akan sanding kat situ
Tapi sebelum tu.. pasangan akan diarak menaiki tandu yang dihias cantik. Mereka akan diarak ke pelamin yang telah tersedia disana.

Peserta diperkenalkan dengan pelbagai adat dan budaya orang negeri.. Dari makanan sampailah ke majlis perkahwinan. n diantara makanan. Pastu ada gak jual-jual juadah-juadah yang jarang-jarang saya jumpe yang antaranya ialah :-

Kuih Tat Bengkulu

Apam Jempol/Johol

Tak bape nak tau lak.. sbb banyak kuih2 dan makanan negeri yang sedap-sedap ni.. dengan masak lemak Cili Apinye lagi... peh mmg terbaik.

If korang semua ada yang nak wat program kat sana n bermalam kat sana, leh la tengok tengok kat portal Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment