MAKAN SECARA SIHAT DI BULAN RAMADHAN
Kepentingan berpuasa untuk kesihatan
- Puasa
adalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh
membatalkan puasa.
- Dari
segi kesihatan, berpuasa adalah penting untuk merehatkan sistem
penghadaman setelah 11 bulan bekerja.
- Berpuasa
juga boleh :
- Mengurangkan
berat badan.
- Merendahkan
paras kolesterol darah.
- Merendahkan
kandungan gula dan trigliserida dalam darah.
- Merendahkan
tekanan darah.
- Nabi
Muhammad SAW juga ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai
penyakit dan amalan pemakanan yang betul adalah sumber ubat’.
Khasiat dan kebaikan buah kurma
- Mengandungi
hanya 60 kalori bagi 3 biji buah kurma bersaiz sederhana.
- Mengandungi
karbohidrat, lemak, protein, vitamin A, C, B1 & B2. Ini membekalkan
nutrien penting untuk tubuh.
- Mengandungi
gula ringkas seperti fruktosa dan dekstrosa yang bertindak sebagai tenaga
segera yang mampu mengembalikan tenaga dan mencergaskan badan dengan
cepat.
- Kaya
dengan serat.
Panduan pemakanan semasa berbuka
- Jangan
gelojoh semasa berbuka. Seelok-eloknya berbuka mengikut sunnah.
- Mulakan
dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong.
- Jika
perlu, ambil hanya 1 gelas minuman manis semasa berbuka.
- Bersederhana
dalam pengambilan makanan. Jangan makan berlebihan atau mengikut nafsu.
- Kurangkan
pengambilan makanan yang boleh memudaratkan seperti makanan yang berlemak,
berminyak, tinggi garam dan tinggi gula.
Contoh menu berbuka
i) Sebelum solat Maghrib
Kurma
|
3 biji
|
30
|
60
|
Kuih pelita
|
1 biji
|
70
|
100
|
Jus
buah-buahan tanpa gula
|
1 gelas
|
250
|
60
|
Air kosong
|
1 gelas
|
250
|
0
|
Jumlah
|
220
|
ii) Selepas solat Maghrib
Nasi putih
|
2 senduk
|
150
|
200
|
Ayam percik
|
1 ketul
|
80
|
140
|
Sup sayur
|
1 mangkuk
kecil
|
150
|
50
|
Sambal tumis
udang
|
1 senduk
|
60
|
150
|
Betik
|
1 potong
|
210
|
80
|
Air kosong
|
1 gelas
|
250
|
0
|
Jumlah
|
620
|
Contoh menu moreh
Bubur kacang
hijau
|
1 mangkuk
kecil
|
150
|
160
|
Minuman
bersusu
|
1 gelas
|
250
|
130
|
Air kosong
|
1 gelas
|
250
|
0
|
Jumlah
|
290
|
Panduan pemakanan semasa sahur
- Ambil
makanan yang mengenyangkan seperti nasi, roti atau oat.
- Ambil
buah dan sayur.
- Minum
air secukupnya.
- Lewatkan
waktu bersahur.
Contoh menu sahur
Nasi putih
|
2 senduk
|
150
|
200
|
Sup ayam
|
1 mangkuk
|
150
|
80
|
Telur dadar
|
1 potong
|
45
|
100
|
Sayur campur
|
1 senduk
|
40
|
40
|
Pisang
berangan
|
1 biji
sederhana
|
90
|
60
|
Air kosong
|
1 gelas
|
250
|
0
|
Kurma
|
3 biji
|
30
|
60
|
Jumlah
|
540
|
Amalan pemakanan yang memudaratkan di bulan puasa
- Makan
berlebihan semasa berbuka. Ini boleh meningkatkan berat badan walaupun di
bulan puasa dan malas untuk melakukan ibadat.
- Makan
makanan berat semasa moreh dan tidur sejurus selepas makan. Ini boleh
mengakibatkan ketidakhadaman.
- Minum
banyak air manis semasa berbuka dan bersahur. Ini boleh meningkatkan paras
gula dalam darah dan boleh memudaratkan terutamanya bagi pesakit diabetis.
- Kurang
mengambil buah dan sayur. Ini boleh mengakibatkan sembelit.
Panduan membeli atau menyedia juadah berbuka
Memandangkan kita membeli dalam keadaan lapar, nafsu membeli
perlu dikawal dan elakkan pembaziran dengan :
- Membuat
catatan senarai makanan yang perlu sahaja untuk dibeli.
- Mengutamakan
makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan ataupun menggunakan minyak
secara minima.
- Mengurangkan
membeli kuih-muih yang manis serta bubur manis.
- Mengelakkan
membeli air minuman yang dijual. Sebaik-baiknya, sediakan sendiri air
minuman di rumah.
- Masak
sendiri makanan untuk berbuka puasa dan elakkan makan atau berbuka
di luar seperti di hotel dan restoran. Dengan cara ini, kita dapat
mengawal pemakanan di samping menghadkan penggunaan minyak dan garam di
dalam masakan.
- Jika
membeli di luar, pilih gerai yang bersih dan makanan yang bertutup.
Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita sama-sama
memperoleh keberkatan di bulan yang mulia ini. Amalkan makan secara sihat untuk
sihat sepanjang hayat.
Bahagian Pemakanan
26 Julai 2012
No comments:
Post a Comment