Sunday, September 27, 2015

Ikan Bilis Goreng bersama Ubi Kentang

Bahan-bahan:-

  1. Kentang (hiris)
  2. Lada/Chili (tumbuk hancur)
  3. Bawang (hiris) - 1 @ 2 biji (optional)
  4. Kicap
  5. Minyak 
  6. Ikan bilis
Cara masakan:-
  1. Hiris kentang ikut saiz yang sama supaya masak dalam kadar yang sama. Cuci dan toskan. Selepas itu goreng untuk kali pertama kerana kita akan masaknya secara double fry. Angkat dan buat gorengan kali kedua dengan api yang besar (garing). Kemudian, angkat dan toskan.
  2. Ikan bilis bersihkan dan dibilas supaya hilang sedikit masinnya. Kemudian, Goreng ikan bilis sehingga garing dan diangkat.
  3. Kurangkan minyak, cukup sekadar untuk proses masakan nanti.
  4. Masukkan cili dan bawang sampai layu dan naik bau
  5. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi
  6. Kemudian, masukkan ikan bilis. Ikan bilis dimasukkan pada peringkat akhir untuk mengekalkan kerangupannya.
  7. Angkat dan hidang.

** Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment