Monday, September 7, 2015

Perjalanan Indah

Cik Kie pon xpaham sangat, daripada proses pembacaan .. ni lah yang Cik Kie dapat. n mungkin dapat membantu sahabat yang lain untuk pemahaman.

Step yg bakal di hadapi:
  1. Merisik
    1. Perkara yang dibincangkan:
      1. Tarikh untuk bertunang
      2. Anggaran tarikh nikah
      3. Jumlah wang hantaran
    2. Hantaran yg mungkin pihak lelaki nak bg (optional .. xde pon xpe)
      1. Cincin tanda risik
      2. Buah-buahan
  2. Bertunang
    1. Menentukan jumlah belanja hangus
      1. Mengikut tempat wanita tersebut dalam RM 5 K - 10 K
    2. Menentukan belanja tubuh / mahar
      1. Ikut tempat dan wanita tu sendiri
      2. Sebab mahar adalah milik wanita tersebut
      3. Macam johor: Rm 22.50
      4. Dalil dan hadis:
        • “Berilah mereka mahar dengan penuh ketulusan. Ttp jika mereka rela memberikan sebahagian dari mahar, maka ambillah dengan cara yg halal dan baik “ (QS An Nisa’ ayat 4)
        • Dari Aisyah bahwa Rasulullah pernah bersabda “Sesungguhnya pernikahan yg paling berkah adalah pernikahan yg bermahar sedikit. “ (mukhtashar sunan Abu Daud)
        • Dari Aisyah bahwa Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya di antara tanda-tanda berkah perempuan adalah mudah dilamar, murah maharnya, dan murah rahimnya.” (HR. Ahmad)
    3. Langkah Bendul:
      1. Maksud: Adik nikah dulu drpd akk
      2. If langkah bendul : Ikut permintaan org yg langkah bendul
      3. Barang yg perlu pihak lelaki berikan kepada kakak pihak perempuan
      4. Jenis pemberian: Emas/cincin sebentuk/kain pasang? (ikut tempat)
    4. Bawak Sms pertunangan
      1. Wang hantaran: Tak bawa pon xpe, tp jk ada permintaan… masa majlis tu bawak biar kurang separuh drpd jumlah belanja hangus
        • Bajet belanja Kahwin
        • Mas Kawen
          22.50
          Barang-barang hantaran
          600.00
          Wang hantaran
          7,000.00
          Cincin Kahwin
          1,000.00
          Sewa pakej pelamin & Baju pengantin
          4,000.00
          Kad Kawen
          1,500.00
          Jurugambar
          8,00.00
          Jumlah
          14,922.50
      1. Cincin pertunangan (biasanya bwh Rm 500.00)
      2. Hantaran seperti baju, buah, perhiasan (optional)
      3. Serba satu: ada gak yg minta selain belanja hangus ni. Kiranya berasingan
    1. Persefahaman:
      1. Status pemberian tunang
        • Kalau gagal/putus disebabkan kematian: Biasanya wang hantaran tu diberikan balik
        • Kalau gagal/putus berpunca drpd pihak lelaki: Biasanya wang hantaran hangus @ x diberikan semula
        • Kegagalan drpd pihak perempuan:Biasanya wang hantaran diberikan semula/ berganda lipat pemulangan
        • Ada juga persetujuan kedua-dua belah pihak.. just pulang cincin sahaja.. dan tidak membebankan kedua belah pihak
        • Ada antaranya diamalkan kat Malaysia yang mana bergantung kepada adat setempat mereka. Berpadalah dalam menjalankannya dan jangan sampai membebankan.. sesungguhnya ia pernikahan ini mudah. Bersederhanalah dalam menjalankannya.
  1. Nikah
    1. Ikut perbincangan daripada kedua belah pihak

No comments:

Post a Comment