Tuesday, June 25, 2013

Kem Plkn Karisma Kumpulan 2 Siri 10 2013

Latihan Bola jaring

Diberikan kepercayaan oleh ketua Jurulatih Maltiskill untuk bersama-sama 3 orang jurulatih (JL) lagi untuk mengetuai pemilihan kumpulan bola jaring yang akan memasuki perlawanan sukan peringkat Zon D. JL terlibat adalah saya, Cikgu Jiha, Cikgu Shaa, dan Cikgu Siti. Pada fasa 1, pelatih dipilih dan kemudian sesi latihan bermula. Latihan dijalankan setiap hari pada sesi pagi dan petang bagi mereka yang terpilih.

Fasa Pemilihan Pemain Bola Jaring

Selepas sesi latihan.. Bermula la pula sesi perlawanan antara kem yang berlangsung di Kolej Teknik Juasseh. Kem Karisma berlawan dan akhirnya ke peringkat separuh akhir dan peringkat akhir melawan Kem Plkn Ayer Keroh, Melaka yang ditonton juga oleh kem komandan karisma dan ketua pengarah zon D dan juga selaku kem komandan Kem Plkn Ayer Keroh Melaka. Pertandingan ini akhirnya dijuari oleh Kem Plkn Karisma dan sebagai hadiah daripada Komandan yang telah dijanjikan... Kami dapat treat Pizza di Bahau. Alhamdulillah...
Cahaya Kemenangan :)




Karisma Vs Ayer Keroh
 Wirajaya

This is the first time join wirajaya as JL. Pagi-pagi lagi pelatih dan jurulatih dah bersiap-siap di padang kawad selepas makan pagi. Disini, pelatih diberi sedikit taklimat dalam menjalankan aktiviti wirajaya ini. Selepas taklimat dan lapor kekuatan pelatih kepada komandan. komandan memberikan kata-kata hikmat dan kemudiannya pelatih dilepaskan untuk aktiviti. Pelatih diiringi oleh oc kompeni masing-masing dibawa bersama-sama mengikuti trail jungle tracking ke kawasan tapak khemah dan sepanjang perjalanan, mereka dikehendaki untuk mencari kayu dengan ukuran yang telah ditentukan oleh Oc Kompeni.
sambil-sambil cari kayu.. sempat lagi :)
 Bila dah sampai kawasan tapak khemah, pelatih-pelatih dikehendaki untuk mengemas tapak khemah bagi menjamin semuanya berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan. Pelatih memasang khemah, pasang paremeter dan kawasan paremeter ini mestilah sama sekali dibersihkan untuk "stand down" pada waktu-waktu tertentu.



Ah Tong A1

Rasyiqah  n Siti Syafiqah
Peletih-pelatih ni baru selesai pasang khemah dan sedang berehat sementara menunggu pelatih-pelatih yang lainnya menyiapkan khemah masing-masing. Teringatlah pulak.. zaman-zaman jadi pelatih dulu, kene dirikan khemah sendiri semua.


Opps... Sempat jugak :)

Salbiah 2 Balak Alpha

Okey, inilah saje untuk entry saya kali ni.. hihi.. tunggu entry yang seterusnya ea. Seronok dok mengajar kat kem ni.. so kepada sesiapa yang nak join jadi JL plkn.. saya akan beritahu prosedur yang anda perlu buat di lain masa.. jadi nantikannya :)

No comments:

Post a Comment