Saturday, March 23, 2013

Inti Kacang Merah

Bahan-bahan ~

  1. Kacang merah : 1kg
  2. Garam (secukup rasa)
  3. Gula (Secukup rasa)
  4. Air secukupnya
Cara penyediaan ~
  1. Basuh kacang merah tadi.
  2. Masukkan kacang merah yang telah dibasuh bersih kedalam periuk.
  3. Letakkan periuk tadi keatas dapur dengan bukaan api sedarhana besar.
  4. Masukkan air, dan biarkan air melebihi paras kacang sebanyak anggaran 1 jari telunjuk kengkawan ea.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Kemudian, masukkan gula pula. Bahagian gula ni pula, kawan-kawan perlulah masukkan gula tu secukupnya ikut keselesaan. Dinasihatkan untuk letak sikit dan kacau adunan. dan rasa sikit. Jika kurang manis, tambahkan gula. Kemudian kacau dan rasa semula. Jika dah cukup manis, tidak perlulah untuk menambah gula.
  7. Untuk prosedur seterusnya, jaga kacang tadi sehingga masak.
  8. Apabila sudah masak, tutup api dapur.
  9. Tunggu sehingga kacang tadi tu sejuk  atau suam-suam camtu.
  10. Masukkan sedikit kacang yang telah dimasak kedalam pengisar dan kisar sehingga hancur.
  11. Ulang langkah 10 sehingga semua kacang yang telah dimasak tu.
  12. Simpan pes dalam bekas dan letakkan dalam peti sejuk untuk dibuat bahan sapuan/inti. 
** Semasa mengisar, jika kacang terlalu kering dan sukar untuk dikisar. Campurkan sedikit air untuk memudahkan proses pengisaran. Ingat, air tu mestilah air yang telah dimasak atau air mineral.

** Tips: Jika mahu tahu kacang ni sudah masak. Kacang akan pecah atau terbuka sedikit dan ianya lembut. Jika kacang belum masak tetapi air dah tinggal sikit, campurkan air kedalam periuk untuk membantu proses masakan.

* Mungkin ada diantara sahabat yang tak mahu lakukan proses  pengisaran.. Ini adalah pilihan anda dan ianya terpulang mengikut selera. :)

Jangan lupa cuba ea!! :)