Sunday, March 24, 2013

Lompat Tikam

Well.. kuih yang ni lebih kurangje caranya proses nak buat sum-sum berkuah. Macam mana nak buat? ... Susah? Xpe.. jangan risau, saya akan bantu setakat yang saya mampu. Anda cuma perlu ~

Bahan-bahan

Lapisan bahagian hijau
  • 2 cawan tepung beras 
  • 1/2 sudu kecil garam/secukup rasa
  • 4 cawan air perahan pandan
  • 1 sudu kecil kapur makan (jika mahu, tp saya tak pakai)
Lapisan bahagian putih
  • 2 cawan tepung beras
  • 3 cawan perahan santan (letak lebih jika mahukan lebih rasa lemak)
  • 1 sudu kecil garam/ secukup rasa
Air gula
  • 1 buku gula melaka
  • Air secukupnya

Cara Penyediaannya

Air gula

Gula melaka yang dicampur dengan sesenduk gula pasir (larutkan diatas dapur bersama air). Kemudian, tunggu air gula sejuk dan tapiskan untuk mengasingkan bendasing daripada air gula.

Lapisan Hijau

  1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak ada ketulan tepung.
  2. Tapis campuran dan masukkan campuran kedalam periuk dan masak.
  3. Dikacau secara kerap diatas api sedarhana sehingga campuran menjadi likat dan berkilat.
  4. Kemudian, ianya diletakkan di dalam bekas yang bersesuaian (loyang dll) dan sejukkan.

Lapisan Putih

  1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak ada ketulan tepung.
  2. Tapis campuran dan masukkan campuran kedalam periuk dan masak.
  3. Dikacau secara kerap diatas api sedarhana sehingga campuran menjadi likat dan berkilat.
  4. Kemudian, ianya diletakkan diatas bahagian lapisan hijau tadi dan sejukkan.
  5. Air gula dituang keatas sum-sum ni.
** Masakan ini sedap dimakan ketika sejuk. Jadi, kawan-kawan boleh simpan sum-sum didalam peti sejuk sebelum makan.

Selamat mencuba !!! :)

No comments:

Post a Comment