Friday, March 22, 2013

Telur Dadar Smash!!

Bahan-bahan:

3 biji telur
4 batang kacang panjang ( dihiris halus)
3 biji cili (ditumbuk)
1 biji bawang (dihiris)
Garam secukup rasa
Ikan bilis ( Ditumbuk)
Minyak masak (digalakkan menggunakan minyak zaiton)


Cara penyediaan:-

  1. Cili, bawang, garam dan ikan bilis dimasukkan kedalam lesung batu dan ditumbuk. (Lumat atau tidak itu terpulang kepada selera kawan-kawan ea)
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi bersama kacang panjang yang dihiris sehingga naik bau wangi dan angkat bahan yang ditumis tadi.
  3. Bahan yang ditumis, kemudian dimasukkan kedalam telur dan kacau.
  4. Masukkan sedikit minyak kedalam kuali dan tunggu kuali panas.
  5. Kemudian, masukkan bancuhan telur tadi kedalam kuali dengan menggunakan api kecil sederhana.
  6. Kemudian, apabila telur tu akan dipalingkan untuk memastikan kedua-dua bahagian masak.

** Kawan-kawan boleh juga masukkan keju jika mahu.. boleh juga taburkan keju parmesan selepas telur dadar diangkat. Ianya terpulang untuk kawan-kawan yang suka makan keju macam Nurul. n.. elakkan pengunaan minyak n garam yang banyak ea.. bukan apa.. untuk kesihatan kita kan.. :)

P/s: Selamat mencuba ea.. B-)


No comments:

Post a Comment