Friday, March 22, 2013

Roti telur



Bahan-bahannya
  1. Roti (terpulang nak buat banyak mana)
  2. Telur ~ 4-5 biji
  3. Garam ~ Secukup rasa 
  4. Lada hitam (terpulang)
  5. Minyak masak (minyak zaiton pun boleh)

Cara membuatnya
  1. Mula-mula telur dipecahkan dan dicampurkan dengan garam bersama-sama lada sulah (ubuh susu cair sikit pun boleh).
  2. Setelah itu,panaskan minyak ataupun majerin didalam kuali.
  3. Apabila sudah agak panas minyaknya.
  4.  Gaulkan atau salutkan roti pertama dan campurkan dengan campuran telur tadi.
  5. Setelah itu, masukkan roti yang telah disalut itu kedalam kuali dan paling-palingkan sehingga masak dan warnya bertukar keperang-perangan.
  6. Angkat roti dan letakkan diatas pinggan yang ada "paper towel" untuk serap lebihan minyak (baik untuk kesihatan juga)
  7. Sedia untuk dimakan.
  8. Roti telur ni sangat enak dimakan sewaktu panas. 
  9. Ingat! Elakkan mengunakan minyak yang banyak kerana ianya tidak sihat dan roti akan menyerap minyak secara berlebihan. Lebih baik untuk menggunakan minyak zaiton.

No comments:

Post a Comment