Friday, March 22, 2013

Kole Kacang Untuk Abah





Cubaan Pertama




Ini adalah masakan kole kacang kesukaan abah saya n pada umur 21 tahun barulah saya tahu nak buat macam mana. Resepi ni saya dapat kat internet dan agak manis.. Jadi saya rendahkan kadar gulanya sedikit.. n inipun manis jugak.. Jadi bagi sesiapa yang nak kurangkan lagi kadar kemanisannya tu, kurangkan kadar penggunaan gula dalam masakan ini mengikut kesesuaian dan selamat mencuba.



Ibu kelapa:
:: 500 ml santan pekat di masak atas api sehingga keluar minyak (ketul2)

Bahan A:
150 g gula melaka (145 g )
50 g gula pasir (45g bagi yang nak kurangkan kadar gula, tp ikut kesesuaian anda juga)
200 ml air


Bahan B:
200 g tepung kacang hijau
500 ml santan pekat
400 ml air
¼ sudu the garam (secukup rasa)


Cara-caranya:

1. Cairkan Bahan A kemudian sejukkan sebentar. (Cairkan bahan A atas api. Selepas sebatian larut, angkat dan tapis sebatian bahan A untuk menapis sebarang bendasing).
2. satukan bahan B dan kacau hingga sebati.
3. Sesudah itu masukkan bahan A kedalam bahan B yang telah ditapis.
4. Masak bahan A dan B yang telah dicampurkan ke atas api yang sedarhana. (kacau selalu agar tepung tidak berketul)
5. Masak s ehingga likat. Apabila sudah masak, letak diatas Loyang yang telah disapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tahi minyak diatas kuih ini.
6. Bila sebatian sudah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk jika kuih masih cair sedikit (untuk firmkan kuih)
7. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment