Bahan-bahan
Lapisan bahagian hijau
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 sudu kecil garam/secukup rasa
- 4 cawan air perahan pandan
- 1 sudu kecil kapur makan (jika mahu, tp saya tak pakai)
Lapisan bahagian putih
- 2 cawan tepung beras
- 3 cawan perahan santan (letak lebih jika mahukan lebih rasa lemak)
- 1 sudu kecil garam/ secukup rasa
Air gula
- 1 buku gula melaka
- Air secukupnya
Cara Penyediaannya
Air gula
Gula melaka yang dicampur dengan sesenduk gula pasir (larutkan diatas dapur bersama air). Kemudian, tunggu air gula sejuk dan tapiskan untuk mengasingkan bendasing daripada air gula.Lapisan Hijau
- Campurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak ada ketulan tepung.
- Tapis campuran dan masukkan campuran kedalam periuk dan masak.
- Dikacau secara kerap diatas api sedarhana sehingga campuran menjadi likat dan berkilat.
- Kemudian, ianya diletakkan di dalam bekas yang bersesuaian (loyang dll) dan sejukkan.
Lapisan Putih
- Campurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak ada ketulan tepung.
- Tapis campuran dan masukkan campuran kedalam periuk dan masak.
- Dikacau secara kerap diatas api sedarhana sehingga campuran menjadi likat dan berkilat.
- Kemudian, ianya diletakkan diatas bahagian lapisan hijau tadi dan sejukkan.
- Air gula dituang keatas sum-sum ni.
Selamat mencuba !!! :)
No comments:
Post a Comment