3 biji telur
4 batang kacang panjang ( dihiris halus)
3 biji cili (ditumbuk)
1 biji bawang (dihiris)
Garam secukup rasa
Ikan bilis ( Ditumbuk)
Minyak masak (digalakkan menggunakan minyak zaiton)
Cara penyediaan:-
- Cili, bawang, garam dan ikan bilis dimasukkan kedalam lesung batu dan ditumbuk. (Lumat atau tidak itu terpulang kepada selera kawan-kawan ea)
- Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi bersama kacang panjang yang dihiris sehingga naik bau wangi dan angkat bahan yang ditumis tadi.
- Bahan yang ditumis, kemudian dimasukkan kedalam telur dan kacau.
- Masukkan sedikit minyak kedalam kuali dan tunggu kuali panas.
- Kemudian, masukkan bancuhan telur tadi kedalam kuali dengan menggunakan api kecil sederhana.
- Kemudian, apabila telur tu akan dipalingkan untuk memastikan kedua-dua bahagian masak.
** Kawan-kawan boleh juga masukkan keju jika mahu.. boleh juga taburkan keju parmesan selepas telur dadar diangkat. Ianya terpulang untuk kawan-kawan yang suka makan keju macam Nurul. n.. elakkan pengunaan minyak n garam yang banyak ea.. bukan apa.. untuk kesihatan kita kan.. :)
P/s: Selamat mencuba ea.. B-)
No comments:
Post a Comment